Metallica Akhiri Penantian 31 Tahun Peminat Tegar Metal Di Malaysia

Penantian para peminat metal di Malaysia untuk menyaksikan Metallica beraksi di depan mata akhirnya berbaloi semalam apabila hampir 30,000 orang peminat tegarnya membanjiri Stadium Merdeka. Walaupun hujan di sebelah petang namun tidak mematahkan semangat mereka untuk beratur walaupun pintu hanya dibuka pada jam 6 petang.

This pic taken by Samsung S4
This pic taken by Samsung S4

Dianggotai oleh James Hetfields 50, (penyanyi, gitaris), Lars Ulrich, 49, (dram), Kirk Hammett 50, (gitaris) dan Rob Trujillo 48, (bassis), band ikon yang ditubuhkan di Los Angeles, Amerika Syarikat (AS) pada 1981 ini membuka tirai Konsert Metallica Live in Malaysia 2013 dengan Master Of Puppets dan Fuel.

“Anda semua dah bersedia untuk terus berseronok lebih lama lagi? Hanya setelah 31 tahun baru kami dapat ke sini. Saya minta maaf pada anda semua. Tapi kami masih belum terlambat, bukan? Kami sangat teruja dapat beraksi dan berbesar hati dapat melihat wajah-wajah anda semua”, ungkap James dan kemudian bergema stadium dengan sorakan peminat.Kemudian sekali lagi dia bertanyakan kepada peminat, “Anda mahu lagi? Anda mahu apa? Tak mengapa, saya tahu anda mahu apa. Dah 31 tahun anda semua menunggu, ini untuk anda semua…”, sambungnya James lagi.

Lalu arena terus digegarkan dengan lagu lain seperti Fade, Havester of Sorrow, Ride The Lighthing, Cyanide, Sanitarium, Sad But True, One, Orion, Blackened, Nothing Else Matter, Enter Sandman, Creeping Death, Baterry dan Seek & Destroy.
Untuk rekod, kali terakhir Metallica singgah di Asia Tenggara ialah pada 1991 sempena promosi album Metallica di mana ketika itu mereka sempat mengadakan konsert di Singapura dan Jakarta, Indonesia. Konsert Metallica Live in  Malaysia 2013 dianjurkan oleh Galaxy Group.
[nggallery id=188]

Check Also

Koleksi Amber Raya 2026 bertema Time for Love dengan duta jenama di Istanbul

AMBER RAYA 2026 ANGKAT KONSEP CINTA, WARISAN DAN KEANGGUNAN MODEN

Jenama fesyen tempatan Amber terus mengukuhkan kedudukannya dalam industri apabila telah melancarkan kempen Raya terbaharu …

Koleksi baju kurung dan kebaya eksklusif Rizman Ruzaini Raya 2026 di Maison Rizman Ruzaini.

KOLEKSI RIZMAN RUZAINI RAYA 2026: ADUNAN HIKAYAT KLASIK DAN MODERNITI NUSANTARA

Dua dekad mengukuh dalam industri fesyen tanah air, jenama gergasi Rizman Ruzaini sekali lagi membuktikan …

Leave a Reply