Gegaran Warisan 2026 bakal menjadi malam penuh adrenalin buat peminat muzik keras tanah air apabila konsert khas ini diumumkan berlangsung pada 18 Julai 2026. Acara berprestij itu dijadualkan bermula jam 8 malam di Warisan Hall Studio.
Konsert ini menghimpunkan tiga nama berpengaruh iaitu Punisher, FOR dan Sniperz, selain kemunculan istimewa Amir SYJ. Dengan kapasiti hanya 300 penonton, tiket dijangka menjadi rebutan peminat muzik rock tempatan.

KONSERT INTIM PENUH AURA
Penganjur, Mentari Merah Entertainment menyifatkan acara ini bukan sekadar hiburan tetapi usaha menghidupkan semula legasi muzik keras tempatan. Konsep ruang kecil dipilih bagi mewujudkan suasana lebih rapat antara artis dan peminat.

Menurut pihak penganjur, penonton dapat merasai tenaga sebenar persembahan secara dekat, sesuatu yang semakin sukar ditemui dalam konsert moden hari ini.
PUNISHER KEMBALI MENGGEGAR
Punisher yang ditubuhkan sekitar 1987 di Kuala Lumpur dikenali sebagai antara perintis thrash metal Malaysia. Mereka terkenal dengan muzik agresif serta pengaruh nama besar antarabangsa seperti Metallica dan Slayer.

Antara lagu yang bakal dibawakan termasuk “Black September”, “Wrath of the Machines” dan “Gout”. Kehadiran mereka pasti menjadi tarikan utama peminat old school metal.
FOR DAN SNIPERZ BAWA TENAGA BARU
FOR akan tampil dengan identiti Rock n Roll dan Hard Rock, selain mempromosikan album terbaru mereka berjudul GEBANG MELANGIT yang dilancarkan hujung 2025. Lebih menarik, FOR turut akan mengiringi persembahan khas Amir SYJ.

Sementara itu, Sniperz dari Ipoh membawa sentuhan rock moden bertenaga. Mereka dijangka mempersembahkan enam hingga tujuh lagu dengan imej celoreng tentera yang sinonim bersama kumpulan itu.
TIKET RM90 SIAP CABUTAN BERTUAH
Tiket Gegaran Warisan 2026 dijual pada harga RM90 sahaja. Setiap pembelian tiket melayakkan penonton menyertai cabutan bertuah dengan hadiah utama RM1,000, hadiah kedua RM700 dan hadiah ketiga RM500.

Jika anda peminat rock tempatan, ini peluang terbaik menyaksikan pertembungan tiga generasi pemuzik dalam satu malam bersejarah. Jangan tunggu lama, tiket terhad!
Selebriti Online Portal Hiburan Dan Gaya Hidup Malaysia