Neelofa Sambung Belajar Di US Tahun Depan

Pelakon dan pengacara Neelofa akan menjalani kursus selama dua bulan bagi meningkatkan lagi kemahiran dunia seninya di Sekolah Filem dan Lakonan Akademi Filem New York, Los Angeles (NYFA), Amerika Syarikat pada tahun depan.

“Insya-Allah pada awal tahun depan saya akan ke Amerika bagi menjalani kursus lakonan di NYFA.
“Memang sudah lama saya mahu ke Hollywood dan belajar di NYFA hanyalah satu titik permulaan. Memandangkan Liyana Jasmay pernah mengambil kursus di NYFA, saya ada juga tanya dia sedikit informasi terutamanya mengenai hal tempat tinggal,” katanya yang kini sedang menuntut di Kolej Universiti Sunway dalam bidang Perniagaan Antarabangsa dan Pemasaran
Tidak keseorangan, menurut Neelofa, dia turut ditemani rakannya juga mengambil kursus yang sama.
sumber : mStar online

Check Also

Ari Lesmana KL konsert Mangu di Zepp Kuala Lumpur

ARI LESMANA KL BAWA MANGU KE ZEPP, TIKET JUALAN 2 APRIL 2026

Aura emosi, eksperimen muzik dan hype peminat mula terasa apabila Ari Lesmana KL akhirnya diumumkan …

DRE Coffee Cyberjaya kafe 24 jam konsep AI komuniti moden

DRE COFFEE CYBERJAYA BUKA 24 JAM, KONSEP KOPI AI CETUS PERHATIAN

Cyberjaya kini ada pemain baru yang tak datang main-main. DRE Coffee Cyberjaya tampil dengan konsep …

Leave a Reply