Nurul Ekasari – Heroin Filem “Chantek” yang bakal memukau hati penonton

Tentu semua tertanya-tanya siapakah gadis cantik ini..Empunya diri bernama Nurul Ekasari iaitu heroin filem “Chantek” yang bakal ditayangkan di pawagam pada 16 Februari 2012. Nurul bakal digandingkan dengan Pierre Andre didlm filem “Chantek” disamping Abon, Man Kidal, Maimon Mutalib, Yuhang & Zarina Anjolie.

Gadis ini berasal dari Jakarta dan dilahirkan pada 13 Disember 1987 ini memilih kerjaya sebagai Pelakon,Pengacara dan Model. Nurul Ekasari bermula dalm bidang seni pada tahun 2009 dgn terlibat didalam iklan komersial, model majalah, pengacaraan & berlakon dlm drama tv dan sinetron. Beliau pernah terlibat didalam iklan McDonald,iklan Daihatsu Terios,iklan Toshiba Glacio, model cover Majalah Mall Metropolitan Bekasi, pengacara Dinas Sosial, pelakon didalam filem “Bait Surau” sebagai Ully, pelakon sinetron didalam KTP2 serta banyak lagi.

Pihak penerbit filem “Chantek” bersama pengarah iaitu Pierre Andre mengadakan open casting selama seminggu di Indonesia bagi mencari watak “Chantek” iaitu watak pembantu rumah Indonesia didalam filem tersebut. Selepas 700 orang yang menghadiri casting tersebut, akhirnya Nurul Ekasari yang terpilih untuk watak “Chantek”. Beliau perlu menari serta dikehendaki bercakap gaya suara lelaki ketika menyamar sebagai pembantu rumah lelaki. Lagu OST filem ini ialah “Begitu Indah” hasil nyanyian Kumpulan Padi dari Indonesia.

Filem “Chantek” ini penuh dengan babak-babak yang melucukan serta aksi-aksi romantik antara Pierre dengan Nurul Ekasari yang bakal memukau hati setiap penonton yang menontonnya. Amat sesuai sekali dengan tagline filem ini iaitu “Kebahagian adalah kejujuran dan kepercayaan” .

Tak sabar rasanya menunggu 16 Februari ini untuk menonton filem ini. Jom serbu pawagam nnt….

 

 

 

 

 

Check Also

Program Solidariti Mesra Setiawangsa untuk Palestin dan Sudan di Taman Tasik Titiwangsa

SOLIDARITI MESRA SETIAWANGSA SATUKAN IBADAH DAN KEMANUSIAAN UNTUK PALESTIN & SUDAN

Keprihatinan komuniti Setiawangsa terhadap krisis kemanusiaan global dizahirkan menerusi penganjuran Solidariti Mesra Setiawangsa – Palestin …

BIENZ Putrajaya dengan pizza A5 Wagyu dan ruang makan luas

BIENZ PILIH PUTRAJAYA UNTUK CAWANGAN KEDUA, PIZZA A5 WAGYU KINI LEBIH DEKAT

Jenama F&B tempatan premium, BIENZ, terus mengorak langkah baharu apabila rasmi membuka cawangan kedua di …

Leave a Reply