ON AIR – ASTRO Beri peluang gilap bakat pengacaraan

Membuka tirai tahun 2012, Astro terus merancakkan perkembangan industri penyiaran tempatan dengan membawakan sebuah lagi program realiti yang akan mencungkil bakat baru dalam bidang pengacaraan berjudul ON AIR yang bakal memulakan sesi ujibakat di negeri-negeri terpilih bermula 14 Januari ini! 

Pihak produksi akan mengunjungi empat buah negeri bagi mengenal pasti peserta-peserta yang dilihat layak untuk menyertai program ini di lokasi-lokasi berikut:

NO. NEGERI TEMPAT TARIKH
1. Pulau Pinang Red Box Karaoke, Gurney Plaza 14 & 15 Januari 2012
2. Johor Bahru
The Puteri Pacific, Johor Bahru
21 & 22 Januari 2012
3. Sarawak
Merdeka Palace, Kuching
28 & 29 Januari 2012
4. Kuala Lumpur
Pusat Penyiaran Asia (Astro), Bukit Jalil,
4 & 5 Februari 2012

Peserta mestilah seorang lelaki atau perempuan, bujang atau sudah berkahwin dan mestilah seorang  warganegara Malaysia berumur 18 tahun hingga 30 tahun dan boleh bertutur dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dengan baik dan mempunyai personaliti yang menarik. Para paserta ujibakat perlu membawa salinan kad pengenalan, resume dan sekeping gambar berukuran 4R.

Check Also

Najmi Niery dan Adrianna Cinta mempersembahkan lagu raya Best Part Of Raya

NAJMI NIERY DAN ADRIANNA CINTA BERSATU DALAM LAGU RAYA BEST PART OF RAYA

Industri muzik tempatan menerima satu lagi karya raya baharu apabila Najmi Niery tampil dengan single …

Hawa Rizwana sebagai duta Estika Medispa mempromosikan rawatan estetik bukan invasif

HAWA RIZWANA PILIH RAWATAN ESTETIK BUKAN INVASIF

Pengacara dan personaliti televisyen Hawa Rizwana menegaskan bahawa pembedahan plastik bukan pilihan buat dirinya. Sebagai …

Leave a Reply