‘Paan Paiz’ ~ Riuh Rendah Hidup 2 Sahabat Baik

TV3 dan Radius One Sdn Bhd yang pernah merangkul Anugerah Drama Komedi Terbaik di Anugerah Skrin 2008 menerusi drama Mr Mama, sekali lagi bekerjasama dengan pengarah berbakat besar, Shahrulezad Mohameddin untuk menerbitkan drama komedi Paan Paiz yang bakal bersiaran 11 April 2012 setiap hari Rabu jam 10 malam

Drama bersiri 13 episod Paan Paiz membariskan para pelakon seperti Zahiril Adzim, Zalif Sidek, Sari Yanti, Norhayati Taib dan Razak Ahmad. Nukilan skrip oleh Shamsull Hashim yang sarat dengan elemen komedi mengisahkan 2 sahabat karib yang berkawan rapat sejak zaman kanak-kanak.

Sinopsis

Paan (Zalif Sidek) seorang yang malas, loyar buruk dan suka menjawab manakala Paiz (Zahiril Adzim) seorang yang kacak, bergaya dan rajin. Paiz memulakan kerjayanya sebagai seorang arkitek tetapi Paan masih tidak mempunyai pekerjaan yang tetap. Mereka tinggal bersama dan sering melakukan aktiviti bersama pada waktu lapang. Paan terkejut apabila Paiz bercadang untuk kahwin. Paan menjadi marah kerana Paiz telah berahsia dengannya. Siapakah bakal isteri Paiz itu?

Paan mula menyiasat. Satu kejutan demi satu kejutan berlaku dan kejutan akhir adalah yang paling mengejutkan Paan! Dia tidak menyangka bahawa wanita yang akan ‘merampas’ kawan baiknya ialah adik perempuannya sendiri, Dira (Sari Yanti).

Bimbang akan kehilangan kawan karibnya selepas Paiz berumah tangga, Paan sengaja menimbulkan pelbagai masalah walaupun Paiz bakal memperisterikan adiknya. Namun, kerisauan Paan tidak berpanjangan kerana Paiz tidak bercadang untuk berpindah keluar daripada rumah tersebut selepas kahwin.

Dira mula rimas dengan abangnya yang asyik memerap di rumah tanpa membuat apa-apa. Paiz asyik bersama Paan dengan aktiviti harian mereka dan jarang meluangkan masa untuk Dira. Bagi mendapatkan kembali suaminya, Dira telah mengikut nasihat Kak Leha (Norhayati Taib) untuk mencari jodoh untuk Paan dengan harapan Paan cepat kahwin dan pindah dari sana. Apakah rancangan Dira akan berhasil?

Check Also

Pengarah JOMhotel.com Anthony Kong bersama rakan hotel di Societe Suites Hartamas Kuala Lumpur

JOMHOTEL.COM MALAYSIA UBAH CARA TEMPAHAN HOTEL SAAT AKHIR

KUALA LUMPUR, 9 Oktober 2025 – JOMhotel.com, platform tempahan hotel hari sama yang dibangunkan dan …

Kristal X dan Azlan The Typewriter di Konsert Rockolusi Kuasa Dua Zepp Kuala Lumpur 2026

ROCKOLUSI KUASA DUA KRISTAL X & AZLAN THE TYPEWRITER GEGAR ZEPP KUALA LUMPUR

Kuala Lumpur, 23 September 2025 – Dua nama besar muzik tempatan, Kristal X dan Azlan …

Leave a Reply