Pelakon-Pengacara TV Pijak Muka & Tendang Pengujung Kelab Malam

Kalau disebut namanya, selebriti ini sememangnya dikenali sebagai seorang yang garang. ‘Segarang bunyi’ superbikenya sehingga terbawa-bawa perangai samsengnya ke sebuah kelab malam.

Alkisah, selebriti yang juga seorang pengacara bagi sebuah program hiburan sensasi setiap hujung minggu ni terlibat secara langsung dengan insiden gaduh bersama seorang pengunjung wanita pada hari Sabtu lalu.

Menurut sumber, kisahnya bermula apabila pengujung wanita itu pergi ke sebuah kelab malam bagi meraikan majlis hari jadinya bersama rakan-rakan. Di sebabkan terlampau seronok menyaksikan sebuah persembahan live band ketika itu, dalam pada tidak sengaja dia telah terlanggar si pengacara ni yang kebetulan berada di atas dance floor yang sama. Bagaimanapun, wanita itu di katakan telah pun meminta maaf.

Menurut sumber, pengacara berusia 28 tahun itu hadir ke kelab bersama rakan-rakan superbikenya. Nak jadikan cerita, si pengacara yang di dakwa sedang mabuk itu tadi telah mengadu kepada salah seorang rakan superbikenya.

Apa lagi, si jantan yang dikatakan bertubuh sasa itupun mula naik berang lantas ‘menghadiahkan’ sebiji penumbuk tepat di muka wanita itu. Akibatnya, mangsa terpelanting jatuh di atas lantai. Kemudian, pengacara itu bertindak lebih agresif dengan memijak dibahagian muka dan menendang tubuh mangsa.

Difahamkan, sebuah laporan polis telah dibuat dan mangsa yang mengalami kecederaan di kepala, telah dirawat oleh hospital Ampang (HA).

Foto ~ Sekadar hiasan

 

Check Also

Najmi Niery dan Adrianna Cinta mempersembahkan lagu raya Best Part Of Raya

NAJMI NIERY DAN ADRIANNA CINTA BERSATU DALAM LAGU RAYA BEST PART OF RAYA

Industri muzik tempatan menerima satu lagi karya raya baharu apabila Najmi Niery tampil dengan single …

Hawa Rizwana sebagai duta Estika Medispa mempromosikan rawatan estetik bukan invasif

HAWA RIZWANA PILIH RAWATAN ESTETIK BUKAN INVASIF

Pengacara dan personaliti televisyen Hawa Rizwana menegaskan bahawa pembedahan plastik bukan pilihan buat dirinya. Sebagai …

Leave a Reply