Pelbagai Genre Bakal Disatukan di Pentas Sarawak Metal Regime

Gig “Sarawak Metal Regime” kini sudah menjadi tular di persada media sosial sejak ianya mula di perkenalkan secara rasmi pada tahun 2014.  Pelbagai genre yang bermukim di persada muzik ekstrim tempatan berjaya di lukiskan di pentas yang cukup untuk menyambung legasi muzik berat di Malaysia.

Biarpun ianya tidak se gah gigs-gigs tempatan yang berjaya menempa nama namun kredibiliti penganjurnya, Menjrex Netro Productions bukanlah sebuah jenama yang harus di pandang rendah.  Tazudin Murni selaku penganjur tunggal sudah di kenali namanya sejak beliau mula melangkah dalam kancah penganjuran gigs sekitar tahun 90an lagi.

Apa yang membanggakan pelbagai nama besar telah ditempa melalui penganjuran gigs yang di adakan samada di semenanjung Malaysia mahupun di Sarawak khususnya.  Legasi “Sarawak Metal Regime” kini diteruskan pada tahun 2017 dengan penampilan istimewa daripada kumpulan The Pilgrims, Heloisa, As I End, Zuriatz, Larrong, Kherow, Mortuary Ancestor, Unconsious, Tahi Suci dan Nogas.

Sepertimana biasa pihak penganjur selaki lagi memilih lokasi persembahan di Appolo KTV, Sibu Sarawak.  “Sarawak Metal Regime” akan di adakan pada 16 September 2017.  Bayaran masuk yang dikenakan hanya RM30 (early bird) atau RM35 di beli pada hari persembahan.  Persembahan bakal bermula sekitar jam 12.30 tengahari.  Peminat yang ingin mendapatkan info lanjut mengenai gig ini bolehlah melayari facebook Sarawak Metal Regime.

Check Also

1119 bersama Meer Nash tampil dengan lagu raya baharu Goyang Raya

GOYANG RAYA 1119 SATUKAN BUDAYA DALAM LAGU RAYA UNIK

Suasana perayaan di Malaysia sering membawa bersama warna-warni budaya yang unik. Tahun 2026 menyaksikan sambutan …

Festival automotif Art of Speed 2026 di MAEPS Serdang bersama SoundCircus Festival

ART OF SPEED 2026 KEMBALI GEGARKAN MAEPS BERSAMA FESTIVAL SOUNDCIRCUS

Puluhan ribu peminat kereta kustom, motosikal modifikasi dan budaya street dijangka membanjiri MAEPS apabila Art …

Leave a Reply