Pengarah drama Joeza Rasidi meninggal dunia

JOEZA.transformed

Pengarah drama, Joeza Rasidi, 40, meninggal dunia di Hospital Putrajaya akibat sakit kepala, 7 pagi tadi.

Joeza atau nama sebenarnya Nor Jauza banyak mengarahkan drama bersiri popular antaranya Jangan Ambil Padang Kami lakonan Izreen Azminda, Soffiya (Tiz Zaqyah) dan Mana Hilangnya Juwita lakonan Erra Fazira, Umie Aida dan Lisa Surihani.

Drama Jangan Ambil Padang Kami terbitan Suhan Movies & Trading Sdn Bhd muncul pemenang kategori Drama Rantaian Terbaik Anugerah Skrin 2012 lalu.

Bapanya, Rasidi Sabri, 69, berkata, anaknya itu mengadu sakit kepala minggu lalu sebelum mereka membawanya ke Hospital Putrajaya.

“Hasil pemeriksaan, doktor memaklumkan punca sakit kepalanya bermula dari dua batang giginya yang rosak. Saluran gigi itu ada sambungan ke saraf kepala menyebabkan dia mengalami sakit.

“Keputusan dibuat dengan mencabut giginya tetapi sakit itu tidak sembuh juga. Doktor juga minta untuk lakukan pembedahan, namun kami tidak benarkan,” katanya.

Jenazah disembahyangkan di Masjid Jamek Kampung Baru Batu 14, Puchong dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 14, Puchong petang ini.

Sumber – Harian Metro

Check Also

Stor flagship Luckin Coffee Malaysia di SkyAvenue Resorts World Genting

LUCKIN COFFEE PERKUKUH PENGALAMAN PELANGGAN DI MALAYSIA

Luckin Coffee Malaysia terus memperkukuh kehadiran jenamanya menerusi pendekatan pengalaman pelanggan yang lebih holistik. Langkah …

Poster filem Road to Vendetta

ROAD TO VENDETTA BAWA NAFAS BARU DUNIA ASSASSIN

Road to Vendetta ialah filem aksi kerjasama Hong Kong–Jepun arahan Njo Kui Ying, dibintangi Jeffrey …

Leave a Reply