Pierre Andre Selamat Diijabkabulkan Dengan Siti Nur Hidayah Hashim

Selepas empat bulan mengikat tali pertunangan, pelakon dan pengarah Pierre Andre akhirnya sah bergelar suami kepada model Siti Nur Hidayah Hashim, 26, dengan sekali lafaz, tepat jam 2.06 petang tadi. Majlis ijabkabul telah diadakan di Masjid Al-Ikhlas, Taman Melati, Selayang.Pemilik nama sebenar, Mohd Pierre Andre Nazarul Andre, 28, telah dinikahkan oleh Ybhg. Ustaz Zuhdi Razali.

Nurhidayah atau lebih mesra dengan panggilan Yaya menerima mas kahwin sebanyak RM300 dan wang hantaran sebanyak RM20,000.
Pierre yang juga merupakan anak sulung kepada dramatis terkenal, Khatijah Tan, memberi 7 dulang hantaran kepada pengantin perempuan berupa wang hantaran, telekung, set wangian Incanto, sebuah beg tangan berjenama Guess, seutas jam tangan berjenama Guess, set barang kemas Habib Jewels dan sebuah telefon bimbit iPhone5.
Sebagai balasan, Yaya memberi 9 dulang hantaran kepada pengantin lelaki berupa tiga buah buku ilmiah, sepasang kasut New Balance, Coklat, seutas jam tangan Alexandre Christie, set Kamera, set wangian Eternity, PSVita Wifi limited edition, sebentuk cincin dan sireh junjung.
Pengarah filem I’m Not Single itu segak berbaju kot dan Nurhidayah anggun mengenakan baju kurung moden-tradisional.

Majlis yang diadakan serba ringkas tapi dan penuh meriah ini dihadiri seramai kira-kira 100 tetamu terdiri daripada ibu bapa serta ahli keluarga terdekat kedua-dua mempelai, teman-teman rapat, rakan  dan para wakil media.
Menurut Pierre majlis resepsi kedua-dua pihak akan dilakukan selepas sambutan Aidilfitri nanti. Bagaimanapun tarikh dan tempat masih belum ditentukan.
[nggallery id=171]

Check Also

Raisa Ambivert Tour 2026 di Zepp Kuala Lumpur

RAISA AMBIVERT TOUR 2026: KONSERT ‘HEALING’ & EMOSI DUA SISI DI ZEPP KUALA LUMPUR

Kuala Lumpur bakal menjadi destinasi ‘healing’ muzik pada Februari 2026 apabila bintang pop tersohor Indonesia, …

MODEL MENGGAYAKAN KOLEKSI TERBAHARU HER SERIES NELISSA NIZAM YANG ELEGAN.

MANIFESTASI JIWA DAN KEBERANIAN: ‘HER SERIES’ OLEH NELISSA NIZAM MERAIKAN WANITA SEJATI

Industri fesyen tempatan membuka tirai tahun 2026 dengan sebuah naskhah yang cukup puitis daripada pereka …

Leave a Reply