Program CUBAAN di Astro Oasis

Akur dengan permintaan para pelanggan yang mahukan pengisian rohani di televisyen, ASTRO tampil dengan sebuah lagi program untuk para penonton. Perkembangan positif masyarakat terhadap penerimaan program-program berbentuk keislaman seumpama ini menunjukkan masyarakat sentiasa dahagakan program-program berbentuk ilmiah untuk dijadikan panduan dalam kehidupan seharian yang kian mencabar.

Saluran Astro Oasis (saluran 106) menayangkan sebuah program santai berjudul “Cubaan” yang memaparkan rakaman beberapa gelagat dan aksi moral untuk dijadikan iktibar kepada masyarakat. Pihak ASTRO sentiasa berusaha menawarkan program-program terbaik bagi memenuhi citarasa pelanggan menerusi konsep yang lebih segar dan efektif. Menampilkan Akhil Hayy sebagai pengacara, program Cubaan memaparkan rakaman aksi-aksi rakyat Malaysia di tempat terbuka bagi menguji orang ramai menghadapi situasi-situasi luar biasa. Lokasi rakaman program ini telah dibuat di sekitar Jalan Bukit Bintang dan juga Jalan Masjid India. Berbeza dengan program yang serupa dari Barat yang mempersendakan mangsanya, program Cubaan mempunyai misi tersendiri untuk mendidik masyarakat dengan kemunculan seorang Ustaz pada setiap situasi bagi menerangkan keadaan dan memberi tunjuk ajar bagi menghadapi situasi tersebut.

Menurut kenyataan Pengurus Saluran ASTRO Oasis, Tuan Haji Izelan Basar ketika sidang media, pihak ASTRO Oasis sentiasa komited dalam menerbitkan program-program berunsur keislaman dengan cara dan acuan tersendiri. ASTRO sentiasa berusaha untuk menjadi perintis kepada program-program dakwah di televisyen dengan menggunakan formula utama iaitu setiap ilmu yang ingin dikongsi akan disampaikan melalui cara yang santai demi menarik minat serta memenuhi selera para penonton.

Jangan ketinggalan untuk menonton program santai iaitu “CUBAAN” pada setiap hari Sabtu jam 7.30 malam bermula 16 Julai 2011 menerusi ASTRO Oasis (saluran 106).

Check Also

Poster rasmi Jakel Fenomena Raya 2026 menampilkan Fazura dan barisan duta utama dalam busana raya eksklusif di Kuala Lumpur

JAKEL FENOMENA RAYA 2026: EVOLUSI 40 TAHUN & SINERGI EKSKLUSIF BERSAMA FAZURA

Jenama tekstil dan fesyen terkemuka negara, Jakel, terus melakar sejarah tersendiri dengan penganjuran pertunjukan fesyen …

Poster konsert solo Taeyong NCT TY TRACK REMASTERED di Kuala Lumpur pada 11 April 2026.

TAEYONG NCT UMUM KONSERT SOLO PERTAMA DI MALAYSIA APRIL INI

Ketua kumpulan NCT yang berbakat besar, TAEYONG, secara rasmi mengumumkan kepulangan beliau ke Malaysia untuk …