Rock The World 17

Kuala Lumpur: Rock the World, konsert rock yang ditunggu tunggu setiap tahun akan kembali beraksi untuk kali ke 17 dengan penaja utama Tune Talk yang pasti akan menjadi hari yang menggemparkan dengan persembahan di pentas utama oleh band underground tempatan dan juga old timers seperti Emmet I, Bunkface, Naratu, Masdo, The Suspects AKA, SevenCollar T-Shirt dan ramai lagi yang akan beraksi.

Konsert akan bermula pada jam 12 tengah hari di Carpark B di KL Sports City, Bukit Jalil, di samping meneruskan tradisi ‘color mosh’ pada jam 6 petang untuk kali ke 5 tahun ini. Festival itu akan dimeriahkan lagi dengan pelbagai gerai makanan, food trucks dan label tempatan.

Tiket RTW17 bernilai RM35 kini boleh didapati di cawangan Rock Corner di The Gardens, Teenage Head Records Subang Jaya, Rawk of Ages, Kedai Aunty dan Kedai Kombat di Campbell Complex, dan Super Sunday Concept Store di stesen monorel Bukit Bintang, juga secara atas talian di laman sesawang – www.rocktheworld.com.my serta di pintu masuk konsert. Tune Talk akan membuat promosi istimewa kepada pengguna-pengguna Tune Talk dan berpeluang untuk membawa pulang merchandise rasmi RTW17.

Ikuti laman media sosial rasmi Rock The World 17 untuk hadiah percuma dan pengumuman eksklusif:

Facebook : rocktheworldfestival

Twitter : RockTheWorldMy

Instagram : rocktheworldmy

YouTube : Rock The World

 

Check Also

Poster rasmi Showcase BaraBuragas menampilkan Jinbara dan Dr. Kronik di Ladyboss Studio Ipoh pada 29 November 2025.

JINBARA & DR. KRONIK BAKAL MENGGANAS!

Malam 29 November ini dijangka membara habis apabila Showcase BaraBuragas bakal berlangsung di Ladyboss Studio, …

Monosterio meraikan 20 tahun perjuangan muzik dengan pelancaran album Tari Warna.

MONOSTERIO LANCAR ALBUM TARI WARNA – 20 TAHUN PERJUANGAN MUZIK PENUH JIWA

KUALA LUMPUR – Kumpulan Monosterio melangkah ke satu lagi fasa penting dalam perjalanan dua dekad …

Leave a Reply