“Saya baling iPhone tu, tribute untuk Steve Job” – Russell Brand

Dilaporkan penyanyi-pelakon komedi, Russell Brand buat hal lagi apabila dia dengan tidak semena-mena telah merampas sebuah iPhone dari tangan seorang jurugambar lalu mencampakkan telefon pintar tu ke arah satu tingkap kaca sebuah banggunan guaman di New Orleans.Menurut pemilik iPhone tersebut bernama Timothy Jackson, ketika kejadian (Isnin lalu) dia bersama sekumpulan jurugambar lain sedang curi-curi merakamkan gambar bekas suami Katy Perry itu. Jakson memberitahu dia mengambil gambar Russell menggunakan iPhonenya dari dalam kereta.

Menyedari perbuatan Jackson, dengan tiba-tiba bintang filem Get Him to the Geek itu meluru ke arahnya lalu merampas dan melempar iphone itu ke arah tingkap.  Selepas tu Russell tweet di laman Twitter miliknya, menyatakan alasan tindakkan dia yang disifat sebagai satu gurauan tu menunjukkan dia sangat menghormati pengasas Apple, mendiang Steve Job.


Katanya, “Sejak Steve Jobs meninggal dunia, saya tidak sanggup melihat orang lain menggunakan iPhone. Apa yang saya lakukan itu adalah satu penghormatan dan tribute saya pada beliau.”

Akibatnya, malam tadi pihak polis mengeluarkan waran dan telah menahan Russell. Dan oleh sebab pihak polis dah campur tangan, pelakon yang sedang dalam penggambaran sebuah filem di New Orleans ni, berjanji akan membayar ganti rugi tingkap yang pecah tu dan akan memulangkan semula telefon tersebut kepada Jackson. Boleh?

Check Also

Najmi Niery dan Adrianna Cinta mempersembahkan lagu raya Best Part Of Raya

NAJMI NIERY DAN ADRIANNA CINTA BERSATU DALAM LAGU RAYA BEST PART OF RAYA

Industri muzik tempatan menerima satu lagi karya raya baharu apabila Najmi Niery tampil dengan single …

Hawa Rizwana sebagai duta Estika Medispa mempromosikan rawatan estetik bukan invasif

HAWA RIZWANA PILIH RAWATAN ESTETIK BUKAN INVASIF

Pengacara dan personaliti televisyen Hawa Rizwana menegaskan bahawa pembedahan plastik bukan pilihan buat dirinya. Sebagai …

Leave a Reply