Sazzy Falak & Razif Hashim Hostkan ‘OMG’

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan program berkonsepkan bual bicara terbaru keluaran industri tanah air, OMG – siri jenama terbaru kini ditetapkan untuk memberi inspirasi, memperkasa serta memberi informasi mengenai wanita dan tips, pandangan serta gosip terkini. OMG merupakan program yang dibawakan khas untuk wanita moden yang bercita-cita tinggi, bertenaga, sukakan cabaran serta bebas. Program OMG yang disajikan khas untuk penonton Malaysia akan bersiaran tayangan perdana di DIVA Universal (saluran 702) pada 5 November 2012 jam 7.30 malam.

OMG bakal menampilkan gandingan hebat dua selebriti tempatan yang tidak asing lagi dalam industri hiburan, Sazzy Falak dan Razif Hashim, juga dikenali sebagai Raz selaku hos program. Program ini mengupas topik yang menarik serta terkini melibatkan kerjaya, keluarga, persahabatan, perhubungan dan banyak lagi. Program 13 episod ini turut memperkenal tiga segmen utama iaitu OMG Celebrity, OMG Miss Chilled dan Oh My Gaji.

Segmen OMG Celebrity akan menampilkan sesi temubual istimewa bersama hos program dan juga selebriti tempatan sebagai jemputan termasuklah Lisa Surihani, Jacklyn Victor, Hannah Tan, Mizz Nina, Noh Hujan serta Deborah Henry. Setiap episod penonton akan disajikan dengan segmen mini berjudul “Oh My Gambar Lama” di mana selebriti jemputan akan berkongsi gambar-gambar lama mereka sebagai tatapan buat penonton OMG.

Ditaja oleh F&N Magnolia Sherbet, OMG Miss Chilled pula menyingkap pengembaraan 13 orang gadis terpilih menerusi pencarian Miss Chilled yang dianjurkan oleh F&N Magnolia Sherbet. Setiap minggu penonton akan disajikan dengan pelbagai drama oleh para peserta. Kita akan melihat keberanian dan kawalan emosi para peserta ini dalam melakukan pelbagai aktiviti yang cukup mencabar seperti memandu go-kart, meniti jambatan tali dan juga menghadiri janji temu. Gadis Miss Chilled pada setiap minggu juga akan menjalani sesi temubual bersama-sama pengacara, Raz untuk berkongsi pengalaman dan pengajaran yang diperoleh daripada setiap aktiviti yang dijalankan.

Check Also

Najmi Niery dan Adrianna Cinta mempersembahkan lagu raya Best Part Of Raya

NAJMI NIERY DAN ADRIANNA CINTA BERSATU DALAM LAGU RAYA BEST PART OF RAYA

Industri muzik tempatan menerima satu lagi karya raya baharu apabila Najmi Niery tampil dengan single …

Hawa Rizwana sebagai duta Estika Medispa mempromosikan rawatan estetik bukan invasif

HAWA RIZWANA PILIH RAWATAN ESTETIK BUKAN INVASIF

Pengacara dan personaliti televisyen Hawa Rizwana menegaskan bahawa pembedahan plastik bukan pilihan buat dirinya. Sebagai …

Leave a Reply