‘Sehangat Asmara’ Sebuah Lagi Drama Adaptasi Dari Novel

Sebuah lagi drama adaptasi novel karya Aisya Sofea iaitu Sehangat Asmara akan bersiaran pada 21 Januari 2013 jam 10.00 malam ekslusif hanya di Mustika HD 134 bagi menggantikan drama Adam & Hawa yang mendapat sambutan yang begitu hangat sebelum ini.

Drama bersiri sebanyak 33 episod ini dibintangi pelakon utama yang hebat iaitu  Adi Putra, Rita Rudaini, Shahrizal Jaszle, Afzan Rahman, Izreen Azminda, Nur Fureen.

Sinopsis 

Cinta pandang pertama Kamalia Nalwa dan Zainal Arief memutikkan cinta dan berakhir dengan perkahwinan di London tanpa restu keluarga.

Kebahagiaan mereka tiba-tiba terhenti. Zainal terpaksa pulang ke tanah air dengan janji bahawa dia akan kembali lagi. Selama sembilan tahun lamanya, Zainal tidak pernah pulang sedangkan Kamilia terus menanti dengan air mata dan sengsara.

Tanpa diduga, Zainal muncul kembali. Datangnya untuk menuntut Misya, anak comel yang selama ini ‘disembunyikan’ oleh Kamilia. Dendam kesumat Kamilia terhadap Zainal tidak pernah padam. Anehnya, ‘dendam rindunya’ terhadap lelaki itu lebih kuat dan mengusik perasaannya.

Benarkah dia membenci lelaki itu? Hipokritkah Zainal ketika mengatakan bahawa hanya Kamilia yang bertakhta di hatinya?

Photo :  Lensa Ayid

[nggallery id=137]

Check Also

projektor aurzen zip reka bentuk tiga lipatan

PROJEKTOR KOMPAK AURZEN ZIP DILANCAR DI MALAYSIA

Aurzen memperkenalkan Aurzen ZIP, projektor poket serba kecil dengan reka bentuk tiga lipatan yang memudahkan …

Peserta Nexperts Academy mengikuti latihan teknologi dan keselamatan siber.

NEXPERTS ACADEMY PERKUKUH LATIHAN TEKNOLOGI UNTUK BUMIPUTERA

Sejak Mac 2025, pembiayaan pendidikan Yayasan Peneraju membuka peluang meluas kepada Bumiputera untuk mendapatkan latihan …

Leave a Reply