Senarai Penuh Pemenang Oscars 2012 ~ The Artist & Hugo Ungguli Anugerah

Acara gilang gemilang yang mengiktiraf karyawan dan penggiat filem Hollywood itu yang berlangsung penuh meriah. Ia menyaksikan filem senyap hitam-putih ‘The Artist’ menang besar serta diangkat sebagai filem terbaik.

Selain dinobatkan Filem Terbaik, karya romantik komedi-drama arahan pengarah Perancis, Michel Hazanavicius itu turut menggondol empat lagi anugerah iaitu dalam kategori Pengarah Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik, Skor Original Terbaik dan Rekaan Kostum Terbaik.

Menyusul, filem Hugo juga berjaya menyapu bersih lima trofi sekaligus menguasai anugerah dalam kategori teknikal.

Berikut senarai penuh pemenang Anugerah Oscar 2012:

Filem Terbaik: The Artist

Pengarah Terbaik : Michel Hazavanicius (The Artist)

Pelakon Lelaki Terbaik: Jean Dujardin, (The Artist)

Pelakon Wanita Terbaik: Meryl Streep, The Iron Lady

Sinematografi Terbaik : Hugo (Robert Richardson)

Pengarah Seni Terbaik : Hugo

Rekaan Kostum Terbaik : The Artist

Make up Terbaik : The Iron Lady

Filem Bahasa Asing Terbaik: A Separation

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik: Octavia Spencer (The Help)

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik: Christopher Plummer (Beginners)

Suntingan Terbaik : The Girl with the Dragon Tattoo

Bunyi Terbaik:  Hugo

Best sound mixing : Hugo

Dokumentari Terbaik: Undefeated

Filem Animasi Terbaik : Rango

Kesan Visual Terbaik : Hugo

Skor Original Terbaik : Ludovic Bource (The Artist)

Lagu Terbaik : Man or Muppet (The Muppets)

Lakon Layar Adaptasi Terbaik : Alexander Payne, Nat Faxon, and Jim Rash (The Descendants)

Lakon Layar Original Terbaik : Woody Allen, Midnight in Paris

Short Aksi Terbaik : The Shore

Short Dokumentari Terbaik : Saving Face

Short Animasi Terbaik : The Fantastic Flying Books of Mr Morris Lessmore

[nggallery id=49]

 


Check Also

Koleksi baju kurung dan kebaya eksklusif Rizman Ruzaini Raya 2026 di Maison Rizman Ruzaini.

KOLEKSI RIZMAN RUZAINI RAYA 2026: ADUNAN HIKAYAT KLASIK DAN MODERNITI NUSANTARA

Dua dekad mengukuh dalam industri fesyen tanah air, jenama gergasi Rizman Ruzaini sekali lagi membuktikan …

Pelancaran Asian Youth Festival 2026 oleh Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya di Saloma Kuala Lumpur.

MALAYSIA LANCAR ASIAN YOUTH FESTIVAL 2026: PLATFORM UTAMA SOKONG TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2026

Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya sebagai hab pelancongan belia di rantau ini dengan pelancaran rasmi Asian …

Leave a Reply