Logo Selebriti Online

Selebriti Online – Portal Hiburan & Gaya Hidup Malaysia

Selebriti Online ialah portal hiburan dan gaya hidup tempatan yang menampilkan liputan artis, filem, muzik, fesyen, teknologi dan gaya hidup Malaysia. Ikuti berita panas, cerita eksklusif dan liputan semasa hanya di SelebritiOnline.com.

Lihat Dunia Hiburan »

SHAHROL, ADI & TAUKE (SATE) Kini Bergabung Dalam ‘SATE Sajian lawak TerBAEK!’

Gambar SATESecara rasminya sebuah rancangan baharu di ERA fm iaitu SATE, telah diumumkan baru-baru ini di  Anugerah MeleTOP ERA yang telah berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil. Jika sebelum ini, rancangan petang di ERA menggabungkan dua penyampai radio Adi Fashla dan Zahid dalam slot Petang di ERA Bersama Adi dan Zahid, terkini rancangan tersebut mendapat nafas baru dengan memperkenalkan SATE! Semalam, 23 Februari 2015, merupakan hari pertama Adi Fashla bergandingan dengan Shahrol dan Tauke bagi menemankan petang anda dalam segmen SATE, Sajian Lawak TerBAEK!

Nama rancangan SATE ini pula, adalah bersempena gabungan nama ketiga-tiga penyampai segmen tersebut Shahrol, Adi dan Tauke (SATE). Keserasian mereka bakal mencipta sebuah kelainan berbanding segmen sebelum ini. Tagline Sajian Lawak TerBAEK ini lebih cenderung untuk mengajak pendengar menjamu selera sambil bersantai mendengarkan pengisian terkini umpama menu-menu terbaik dalam segmen tersebut, sambil melayan kerenah ketiga-ketiga penyampai di rancangan petang ERA fm, SATE.

Menurut Pengurus Kandungan ERA fm, Nazri Noran , “Gandingan baharu yang mantap ini membuktikan bahawa segmen yang kami bawakan di stesen ERA fm bukan sahaja mementingkan pengisian berunsurkan komedi, malah pihak kami memilih SATE Sajian Lawak TerBAEK sebagai tagline baru bagi segmen petang di ERA bersama barisan penyampai baru, Shahrol dan Tauke bersama Adi kerana mengikuti gaya hidup dan kehendak pendengar masa kini yang lebih santai dan penuh jenaka. Matlamat stesen ERA juga adalah ingin menjadi  Rancangan Petang radio yang pertama di Malaysia fokus kepada golongan pendengar18 hingga 34 tahun. Selain itu, pemilihan Tauke dan Shahrol sebagai penyampai baharu bagi slot petang ini turut mendapat tindakbalas positif dari pendengar memandangkan mereka bedua juga merupakan pelawak terkenal di Malaysia.”

Bagi pendengar yang mungkin dalam perjalanan pulang pulang dari tempat kerja, berada di rumah, atau yang terpaksa meredah sesakan di jalanraya pula pasti akan kenyang dengan sajian terbaharu yang disajikan khas buat pendengar setia ERA fm bersama pengemudi baharu rancangan petang ERA fm, Shahrol, Adi dan Tauke (SATE).

Jangan lupa temujanji anda bersama SATE Sajian lawak TerbBAEK setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 4 petang hingga 8 malam bersama pelawak terkenal negara Shahrol , Adi dan Tauke!

Check Also

Babymetal Kuala Lumpur 2025 di Zepp KL

BABYMETAL GEGAR KUALA LUMPUR — METALVERSE CIPTA SEJARAH DEBUT GLOBAL

Kuala Lumpur, 7 Oktober 2025 – Fenomena global Jepun BABYMETAL menggamatkan pentas Zepp Kuala Lumpur …

Poster rasmi konsert This Is UNIC 2025 di IDEA Live Arena Kuala Lumpur

THIS IS UNIC LIVE IN CONCERT 2025 BAKAL GEGAR KUALA LUMPUR

KUALA LUMPUR, 11 Oktober 2025 — Kumpulan nasyid tersohor tanah air, UNIC, hari ini mengumumkan …

Leave a Reply