Shiro Ditabal Raja Lawak 6

Kumpulan Shiro menepati ramalan ramai pihak apabila diisytiharkan sebagai juara Raja Lawak musim ke 6 (RL6), sebentar tadi dalam Gelanggang Akhir Raja Lawak 6 yang berlangsung dari Dewan Sivik MBPJ, Petaling Jaya.

Kemenangan Shiro telah diumumkan oleh pasangan hos RL6, Johan dan Zizan dan dengan kemenangan ini, Shiro telah membawa pulang wang tunai RM100,000 beserta sebuah trofi sumbangan Astro. Shiro dianggotai oleh Shahrol Azizie Bin Azmi atau Sharol, 27 dan Mohd Hanaffi Bin Razak atau Ajak, 25. Mereka merupakan anak didik kepada Cif Kecil Tauke.

Sementara itu, sebuah lagi kumpulan yang juga merupakan anak didik kepada Tauke iaitu Zero telah diisytiharkan sebagai naib juara RL6. Trio adik beradik dari Kudat, Sabah ini membawa pulang wang tunai RM50,000 serta sebuah trofi sumbangan Astro.Wakil dari utara, kumpulan Cuit pula menduduki tempat ketiga dan tiga sekawan dari Pulau Pinang ini membawa pulang wang tunai RM30,000 serta sebuah trofi sumbangan Astro. Cuit adalah anak didik kepada Cif Kecil Yus.

Manakala kumpulan 2yol yang merupakan anak didik Cif Kecil Angah, menduduki tempat keempat dan pulang membawa wang tunai RM10,000 beserta trofi sumbangan Astro.

Juri tetap untuk malam final ini ialah seperti biasa penerbit terkenal Mejar David Teoh, pelakon Sheila Rusly, dan pelawak Sathiya.

 

 

 

 

 

Check Also

Najmi Niery dan Adrianna Cinta mempersembahkan lagu raya Best Part Of Raya

NAJMI NIERY DAN ADRIANNA CINTA BERSATU DALAM LAGU RAYA BEST PART OF RAYA

Industri muzik tempatan menerima satu lagi karya raya baharu apabila Najmi Niery tampil dengan single …

Hawa Rizwana sebagai duta Estika Medispa mempromosikan rawatan estetik bukan invasif

HAWA RIZWANA PILIH RAWATAN ESTETIK BUKAN INVASIF

Pengacara dan personaliti televisyen Hawa Rizwana menegaskan bahawa pembedahan plastik bukan pilihan buat dirinya. Sebagai …

Leave a Reply