Showcase “Saleem Raja Balada” Di Matic, Kuala Lumpur April Ini

Sebut saja nama Saleem, tentunya ramai masih kagum dengan penyanyi lagenda bersuara serak-serak basah ini. Manakan tidak, diusia 50an bekas vokalis kumpulan sensasi 90-an, Iklim ini masih boleh dirasai setiap kali beliau muncul membuat persembahan pentas. Meskipun kini beliau bergerak secara solo, Saleem masih menerima banyak undangan nyanyian.

Saleem terus relevan dalam dunia hiburan tanah air, karier muziknya tidak semudah rakan seangkatan tetapi beliau terus gagah meniti kerjayanya.  Pemilik nama sebenar, Am Salim Abdul Majid ini bakal menawan pentas Matic, Kuala Lumpur pada 20 April ini.  Showcase istimewa ini bakal bermula 9 malam hingga 11 malam.

Showcase “Saleem Raja Balada” ini merupakan persembahan eksklusif untuk peminat yang dahagakan nyanyian beliau apatah lagi mereka yang membesar dengan lagu-lagunya pasti bakal merungkai kembali nostalgia peribadi. Peminat yang ingin menyaksikan showcase ini boleh mendapatkan tiket yang berharga RM150 sahaja.

Tiket Showcase “Saleem Raja Balada” boleh di dapati di Matic Kuala Lumpur atau di Wisma Doras Denai Alam.  Sebarang info dan pertanyaan boleh menghubungi 019-3387115 (Mas).

Check Also

Ghea Indrawari membuat persembahan secara langsung di pentas konsert Rasi Jiwa

GHEA INDRAWARI KEMBALI KE KUALA LUMPUR MENERUSI KONSERT RASI JIWA

Penyanyi Indonesia, Ghea Indrawari, bakal kembali menemui peminat di Malaysia menerusi konsert solo bertajuk RASI …

Raisa Ambivert Tour 2026 di Zepp Kuala Lumpur

RAISA AMBIVERT TOUR 2026: KONSERT ‘HEALING’ & EMOSI DUA SISI DI ZEPP KUALA LUMPUR

Kuala Lumpur bakal menjadi destinasi ‘healing’ muzik pada Februari 2026 apabila bintang pop tersohor Indonesia, …

Leave a Reply