Logo Selebriti Online

Selebriti Online – Portal Hiburan & Gaya Hidup Malaysia

Selebriti Online ialah portal hiburan dan gaya hidup tempatan yang menampilkan liputan artis, filem, muzik, fesyen, teknologi dan gaya hidup Malaysia. Ikuti berita panas, cerita eksklusif dan liputan semasa hanya di SelebritiOnline.com.

Lihat Dunia Hiburan »

Single terbaru Lil J dan Chaleeda Terima Sentuhan Alif, Joe Flizzow dan SonaOne

Bintang rap yang mula meningkat naik Lil J akhirnya memperkenalkan dirinya kepada pencinta muzik tempatan dengan lagu yang berjudul Bestfriend. Lil J merupakan salah seorang penyanyi rap yang dicungkil bakatnya oleh Joe Flizzow menerusi program 16 Baris yang sedang hangat diperkatakan. Kebolehan Lil J dalam menulis lirik, menyanyi rap dan mencipta lagu berjaya membuka mata Rocketfuel Entertainment untuk mengambil beliau sebagai artist rakaman. Biarpun baru beberapa tahun berkecimpung dalam arena hip hop Lil J diberi peluang tampil bersama bintang asal Thailand Chaleeda Gilbert untuk single ini.

‘Bestfriend’ merupakan kolaborasi pertama Lil J bersama Chaleeda dan merupakan sebuah karya hebat hasil nukilan penyanyi dan penerbit hip hop tersohor Joe Flizzow,Alif dan SonaOne.

Biarpun judul lagu ini di dalam Bahasa Inggeris, ‘Bestfriend’ sebenarnya merupakan sebuah lagu berbahasa Melayu. Ia hanya menyelitkan beberapa bait lirik Bahasa Inggeris dan merupakan lagu Melayu pertama buat kedua-dua penyanyi muda ini.

Sungguhpun berusia lewat belasan tahun, kedua-dua bintang ini mempunyai potensi yang besar dalam industri hiburan dan mempamerkan kematangan dalam bakat seni yang mereka persembahkan.

Lebih menarik lagi, Lil J yang lebih sering membuat persembahan di dalam Bahasa Inggeris berani tampil untuk menyampaikan sebuah lagu di dalam Bahasa Melayu yang jelas sekali merupakan sebuah bahasa asing buat Chaleeda juga.

Walau bagaimanapun lagu berentak rancak dengan elemen hip hop moden ini disampaikan dengan begitu baik oleh mereka berdua dan dijangka bakal berbekas di hati peminat muzik serantau.

Single ‘Bestfriend’ ini diterbitkan sepenuhnya oleh Rocketfuel Entertainment Sdn. Bhd. dan bakal menemui peminat-peminat di corong-corong radio seluruh Malaysia tidak lama lagi. Selain itu, muzik video rasmi ‘Bestfriend’ juga akan mula berada di saluran YouTube Rocketfuel Network tidak lama lagi.

Lagu ini juga boleh dimuat turun di iTunes dan dijadikan sebagai panggilan nada dering menerusi semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengari melalui penstriman di atas talian seperti Raku, Spotify, Joox dan Apple Music.

Check Also

Babymetal Kuala Lumpur 2025 di Zepp KL

BABYMETAL GEGAR KUALA LUMPUR — METALVERSE CIPTA SEJARAH DEBUT GLOBAL

Kuala Lumpur, 7 Oktober 2025 – Fenomena global Jepun BABYMETAL menggamatkan pentas Zepp Kuala Lumpur …

Poster rasmi konsert This Is UNIC 2025 di IDEA Live Arena Kuala Lumpur

THIS IS UNIC LIVE IN CONCERT 2025 BAKAL GEGAR KUALA LUMPUR

KUALA LUMPUR, 11 Oktober 2025 — Kumpulan nasyid tersohor tanah air, UNIC, hari ini mengumumkan …

Leave a Reply