SITI KHADIJAH HALIM DAN PARA PELAKON VIU ORIGINAL FROM SAGA WITH LOVE 2 BERTEMU GABENOR SAGA, JEPUN

Musim kedua drama bersiri Viu Original From Saga With Love telah memulakan penggambarannya di Saga, Jepun pada 16 Mei yang lepas. Ketika di sana, pelakon siri sequel yang paling dinantikan ini iaitu Siti Khadijah Halim, Ikmal Amry, Fimie Don, Sophia Albarakbah dan Hun Haqeem berpeluang bertemu dan beramah mesra bersama Gabenor Saga, Tuan Yoshinori Yamaguchi di ibu pejabat Kerajaan Saga sehari sebelum penggambaran bermula.

Sesi pertemuan tersebut turut dihadiri Pengarah, Umi Salwana, Penerbit, Lina Tan, Pengarah Produksi Viu, Imillya Irwani Roslan serta Ketua-Ketua Bahagian Pentadbiran Saga, wakil Saga Film Commission, jurubahasa dan media.

Kedatangan para pelakon dan pihak produksi From Saga With Love disambut baik oleh Gabenor Tuan Yoshinori Yamaguchi yang juga menyatakan sokongan beliau terhadap penggambaran drama bersiri ini.

“From Saga With Love musim pertama telah menerima maklum balas yang sangat baik dan saya sangat teruja menantikan sequal drama bersiri ini,” kata beliau.

Menurut salah seorang pelakon drama romantik komedi ini, Siti Khadijah Halim, “Saya sangat gembira apabila dapat kembali semula menjalani penggambaran di Saga. Ini merupakan sumbangan kecil saya dalam mengukuhkan lagi hubungan baik antara Saga dan Malaysia.”

Selain daripada berkongsi pendapat ketika sesi tersebut, mereka juga bertukar-tukar cenderahati bersama Tuan Yoshinori Yamaguchi. Malah, pertemuan ini juga turut mendapat liputan media dari negara Jepun antaranya NHK TV, Saga TV, Bunbun TV, Saga Shimbun dan Asahi Shimbun.

https://www3.nhk.or.jp/lnews/saga/20240516/5080017114.html

From Saga With Love musim kedua bakal menemui penonton pada Oktober ini melalui aplikasi Viu, yang tersedia untuk dimuat turun secara percuma di App Store, Google Play, Galeri Aplikasi Huawei dan TV pintar terpilih, serta di web www.viu.com.

Check Also

Poster rasmi Showcase BaraBuragas menampilkan Jinbara dan Dr. Kronik di Ladyboss Studio Ipoh pada 29 November 2025.

JINBARA & DR. KRONIK BAKAL MENGGANAS!

Malam 29 November ini dijangka membara habis apabila Showcase BaraBuragas bakal berlangsung di Ladyboss Studio, …

Monosterio meraikan 20 tahun perjuangan muzik dengan pelancaran album Tari Warna.

MONOSTERIO LANCAR ALBUM TARI WARNA – 20 TAHUN PERJUANGAN MUZIK PENUH JIWA

KUALA LUMPUR – Kumpulan Monosterio melangkah ke satu lagi fasa penting dalam perjalanan dua dekad …

Leave a Reply