“SUM 41” Live In KL ~ Yeahhh

Akhirnya band Punk Rock iaitu SUM 41 akan mengadakan Konsert Live In KL di KL Live pada 14 April 2012 ini. Kali ini ia dibawa khas oleh Livescape, atas nama ‘Special Rockawayfest Showcase’.Pembatalan persembahan lalu di sebabkan insiden vokalis utamanya, Deryck Whibley, yang mengalami kecederaan di salah satu konsert , sehingga terpaksa membatalkan persembahan konsert jelajah 2011, mereka yang seterusnya.

Di anggotai Deryck Whibley (vocal utama, gitar rhythm), Tom Thacker (gitar utama, back-up vocal), Jason McCaslin (bass, back-up vocal) dan Steve Jocz (drums), Sum 41 dikenali sebagai ikon band Punk Rock dalam industry muzik sejak tahun 1996. Kemudian pada tahun  2001 mereka release-kan debut berjudul  All Killer, No Killer.

Pada konsert ini Bunkface dan One Bucks Shot (OBS) akan menjadi band pembuka tirai. Tiket-tiket dari harga RM108 (terhad), RM138, RM158 dan VIP RM238 (makan dan minuman di sediakan).Ia juga boleh didapati di www.ticketpro.com.my dan outlet-outlet seperti Victoria Music,The Guitar Store dan Rock Corner. Maklumat lanjut, layari www.livescapeasia.com.


Check Also

Najmi Niery dan Adrianna Cinta mempersembahkan lagu raya Best Part Of Raya

NAJMI NIERY DAN ADRIANNA CINTA BERSATU DALAM LAGU RAYA BEST PART OF RAYA

Industri muzik tempatan menerima satu lagi karya raya baharu apabila Najmi Niery tampil dengan single …

Hawa Rizwana sebagai duta Estika Medispa mempromosikan rawatan estetik bukan invasif

HAWA RIZWANA PILIH RAWATAN ESTETIK BUKAN INVASIF

Pengacara dan personaliti televisyen Hawa Rizwana menegaskan bahawa pembedahan plastik bukan pilihan buat dirinya. Sebagai …

Leave a Reply