Tanpanama Star 2018

Tanpanama Star merupakan satu Pertandingan Bakat Nyanyian yang menawarkan Hadiah Utama RM10,000.00 telah berjaya mendaftarkan 104 peserta yang mencuba nasib mereka.

Pertandingan telah melalui fasa saringan (Mac-April) dan fasa separuh akhir (May). Apa yang menariknya, pertandingan dibuka kepada kesemua golongan peserta (bukan rekording artis) dari 5 tahun hingga 50 tahun. Pertandingan dijayakan oleh Tanpanama Cafe di Nilai 3, bersama kepakaran Orkes Teruna Pujangga (OTP) di bawah kelolaan – En Hazmeer dan Cekidaut.Tv rakan Media Blogger pertandingan – En Areef.

Apa yang menariknya format pertandingan Tanpanama Star menggunakan 50% permarkahan Juri dan 50% undian Awam. Pemilik Tanpanama Cafe – Datin Siti Samirah berkata para peserta kesemuanya juga dilengkapkan dengan Video Pesembahan yang juga menjadi daya ukuran kepada populariti persembahan mereka.

Semasa fasa separuh akhir; Juri Undangan Datuk Haji Nash penyanyi lagenda tanahair telah menwarnai pertandingan ini. Kini debaran sudah hampir tiba dan acara kemuncak akan berlangsung pada 23th Jun 2018 akan datang di Dewan Perbandaran Nilai (MPN) pada 1-6pm. Difahamkan Ceo Media Prima sendiriakan menjadi juri undangan pada konsert akhir nanti.

Lapan finalist yang berbakat akan beraksi adalah 1. Wan Azirul 2. Khairunnajwa 3. Mihar 4. Iwani 5. Dania Zafirah 6. Eka Hazikah 7. Putry Khairunnazira 8. Suzana . Setiap peserta akan membawa cabaran sebuah lagu solo dan juga sebuah lagu berduet di peringkat final nanti. Emcee yang menwarnai pertandingan ini adalah En Hazmeer dari OTP Empire Entertaiment.

Rata-rata, ramai pengikut netizen di sekitar Nilai khususnya mengikuti perkembangan Pertandingan ini.Peserta2 datang dari pelusuk tanahair untuk menunjukkan bakat nyanyian dan menjadi Pemenang kepada pertandingan yang julung2 kalinya diperkenalkan.

Check Also

Konsert Wali Live Kota Kinabalu bakal berlangsung di SICC Sabah

KONSERT WALI LIVE KOTA KINABALU 12 APRIL 2026 TEBUS KEKECEWAAN SABAH

Konsert Wali Live Kota Kinabalu akhirnya sah kembali ke Sabah. Selepas perancangan terdahulu tidak menjadi …

Wali Band bakal jayakan Konsert Wali Band Kembali di Kuala Lumpur 2026

KONSERT WALI BAND KEMBALI 1 MEI 2026 JADI MALAM PENEBUSAN DI BUKIT JALIL

Konsert Wali Band Kembali bakal menjadi malam penebusan paling dinanti peminat di Kuala Lumpur. Selepas …

Leave a Reply