WILLIAM & KATE ~ Meraikan Saat Manis Ulang Tahun Perkahwinan Diraja Eksklusif di ntv7

Tanggal 29 April 2012 ini genaplah setahun tempoh perkahwinan pasangan diraja yang menjadi ikon dunia –  Putera William dan Kate Middleton. Malah tidak keterlaluan jika dianggap seluruh dunia sudah mengetahui lakaran perjalanan kisah cinta romantis mereka. Mana tidaknya, acara perkahwinan pasangan diraja Britain itu sendiri menjadi tatapan berbillion masyarakat dunia tatkala dilangsungkan di Westminster Abbey.

Tahun ini, stesen ntv7 pastinya tidak akan melepaskan peluang untuk membawa penontonnya untuk turut serta dalam ulang tahun pertama Putera William bersama suri idamannya dalam sebuah rancangan dokumentari istimewa William & Kate: A First Anniversary Celebration yang bakal bersiaran secara eksklusif pada hari Ahad, 29 April ini jam 8.30 malam secara eksklusif buat para penonton Saluran Ceria Anda, ntv7.

Dokumentari William & Kate: A First Anniversary Celebration yang disiarkan selama satu jam di ntv7 ini akan membawa penonton untuk mengetahui perkembangan pasangan ini sepanjang melayari gerbang perkahwinan mereka sejak tahun lalu. Antara yang menarik adalah saat-saat indah mereka juga akan dikongsikan yang pastinya memukau para penonton nanti. Temubual bersama tetamu istimewa yang mahir dalam soal urusan diraja, rakan-rakan terdekat dan mereka yang pernah berkesempatan bertemu dengan pasangan ini akan berkongsi maklumat dan pandangan mereka kepada para penonton. Ramalan mengenai pasangan ini untuk fasa seterusnya juga bakal menjadi input yang menarik buat tatapan ramai. Semuanya dan banyak lagi bakal dibincangkan di dalam dokumentari ini tatkala pewaris takhta Britain ini meneruskan tugas rasminya serta tentang hala tuju pasangan dua sejoli ini sebagai seorang raja dan permaisuri.

 

Check Also

Koleksi baju kurung dan kebaya eksklusif Rizman Ruzaini Raya 2026 di Maison Rizman Ruzaini.

KOLEKSI RIZMAN RUZAINI RAYA 2026: ADUNAN HIKAYAT KLASIK DAN MODERNITI NUSANTARA

Dua dekad mengukuh dalam industri fesyen tanah air, jenama gergasi Rizman Ruzaini sekali lagi membuktikan …

Pelancaran Asian Youth Festival 2026 oleh Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya di Saloma Kuala Lumpur.

MALAYSIA LANCAR ASIAN YOUTH FESTIVAL 2026: PLATFORM UTAMA SOKONG TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2026

Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya sebagai hab pelancongan belia di rantau ini dengan pelancaran rasmi Asian …

Leave a Reply