Wings bakal adakan tiga konsert Menakluk Kosmos

cipot 2

Konsert Wings Menakluk Kosmos bakal berlangsung di tiga lokasi terpilih mulai 27 Disember ini.

Lokasi ialah di Tapak Ekspo, Seberang Jaya, Pulau Pinang dan diikuti di Stadium Tertutup, Kuala Terengganu, Terengganu (9 Januari depan) dan MITC, Melaka (31 Januari depan).

Istimewanya konsert kali ini berbekalkan lagu baru yang terdapat dalam album ke-17 mereka berjudul Menakluk Kosmos yang sudah pun berada di pasaran sejak 22 Mei lalu.

Kini Wings bersedia untuk menemui peminat yang menunggu mereka sekian lama.
Semestinya seleksi lagu baru seperti Bisa Yang Tertunda, Ingatkan Dia, Peti Pandora Mu, Raja Segala Duri, Segitiga Piramida dan Penanti antara yang bakal dipersembahkan apatah lagi ia sudah semakin mesra di kalangan peminat tegar kumpulan ini.

Konsert dengan durasi 180 minit ini bertujuan bagi menyemarakkan lagi lagu baru album Menakluk Kosmos di ingatan dan hati sanubari peminat khususnya mereka yang menggelarkan diri sebagai Sayap Sayap Wings di seluruh Malaysia.

Konsert dijangka bermula jam 8.45 malam memperlihatkan sekali lagi Anggerik Events sebagai penganjur utama. Menurut Joe selaku gitaris, Wings akan muncul secara solo tanpa iringan pemuzik tambahan untuk Menakluk Kosmos kali ini.

cipot 1

Penjualan album yang memberangsangkan walaupun diganggu jenayah cetak rompak membuatkan Wings bersemangat untuk menemui peminat dan membawakan buah tangan terbaru album mereka ini sebagai sejarah dan tanda ingatan buat peminat.

Konsert kali ini hadir dengan dua kategori tiket iaitu RM75 dan RM390. Penonton yang memiliki tiket berharga RM390 akan menghadiri sesi ramah mesra, makan malam bersama anggota Wings dan cenderamata khas.

Tiket sudah mula dijual sejak 5 Disember lalu. Untuk tempahan secara online layariwww.ticket2U.biz atau hubungi talian 03- 4026 5558.

Untuk ahli kelab Sayap-sayap Wings, anda bakal mendapat harga istimewa bagi kedua-dua kategori tiket.

Namun pembelian tiket haruslah melalui kelab. Untuk sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi Zul di talian 012 266 6877 atau layari www.sayap2wings.com.

Check Also

selebritionline portal hiburan

FILEM PEJAM TONJOL SEMANGAT PERPADUAN DI TAYANGAN KHAS BERSAMA TIMBALAN MENTERI PERPADUAN

Petaling Jaya, 16 Julai 2025 – Tayangan khas filem Pejam diadakan penuh meriah di GSC …

KONSERT DEEP PURPLE LIVE IN MALAYSIA 2025 GEGARKAN MEGA STAR ARENA NOVEMBER INI

KUALA LUMPUR, 15 JULAI 2025 – Peminat muzik rock tanah air bakal menyaksikan sebuah detik …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *