Zaid AF2 Temui Jodoh Di Twitter..Bakal Nikah 7 Jun ini

Menjawab segala teka-teki yang selama ini bermain-main di minda peminat, juara Akademi Fantasia musim kedua (AF2), Zahid mengakui akan menamatkan zaman bujangnya pada awal bulan Jun nanti.

Zahid atau nama sebenarnya Ahmad Zahid Baharuddin, 32, akan mengahwini gadis bernama Sarah Julifa Jusoh yang telah dikenalinya setahun lalu.
Majlis pernikahan akan diadakan di rumah sebelah perempuan di Teluk Intan, Perak pada 7 Jun dan resepsi akan berlangsung sehari selepas itu di rumah pengantin perempuan. Kemudian majlis resepsi di sebelah pengantin lelaki akan berlangsung pada 15 Jun juga di Teluk Intan, Perak.
Menurut Zahid, perkenalan antara dia dan gadis berusia 25 tahun itu bermula ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun lalu selepas beberapa ketika berinteraksi melalui laman sosial Twitter. Malah, sepanjang perkenalan Zahid tidak pernah mengetahui bahawa Sarah Julifa bekerja di bawah satu bumbung dengannya iaitu di Astro.
Sikap Sarah Julifa yang memahami kerjayanya sebagai seorang artis mengeratkan hubungan mereka sebagai pasangan kekasih.
“Dia seorang yang sangat memahami kerjaya saya dan mampu berdikari. Tanpa disedari dia sekali gus telah mengubah kehidupan saya menjadi lebih teratur dan pandai menguruskan masa. Memang dia memiliki peranan sebagai seorang isteri yang selama ini saya cari,” kata Zahid.
Sebelum ini, penyampai radio Era FM itu pernah dilaporkan menjalin hubungan dengan penyanyi Nita Hamzah sebelum digosipkan akan berkahwin dengan seorang kerabat diraja Pahang, Tengku Nurul Mardiana namun, Zahid menepis semua dakwaan itu.
sumber : Kosmo! & mD

Check Also

Program Solidariti Mesra Setiawangsa untuk Palestin dan Sudan di Taman Tasik Titiwangsa

SOLIDARITI MESRA SETIAWANGSA SATUKAN IBADAH DAN KEMANUSIAAN UNTUK PALESTIN & SUDAN

Keprihatinan komuniti Setiawangsa terhadap krisis kemanusiaan global dizahirkan menerusi penganjuran Solidariti Mesra Setiawangsa – Palestin …

BIENZ Putrajaya dengan pizza A5 Wagyu dan ruang makan luas

BIENZ PILIH PUTRAJAYA UNTUK CAWANGAN KEDUA, PIZZA A5 WAGYU KINI LEBIH DEKAT

Jenama F&B tempatan premium, BIENZ, terus mengorak langkah baharu apabila rasmi membuka cawangan kedua di …

Leave a Reply