ZALORA Sumbangkan RM10,000 Untuk OrphanCARE Malaysia

ZALORA, destinasi fesyen online No. 1 di Malaysia, dengan bangganya mengumumkan kejayaan program Program Kebajikan yang pertama untuk menyokong OrphanCARE Malaysia, Pertubuhan Kebajikan dan Pengurusan Anak-Anak Yatim Kuala Lumpur yang menyalurkan kasih sayang, penjagaan dan perlindungan keluarga kepada anak-anak yatim dan bayi yang diabaikan.

Dengan sokongan padu pelanggannya yang murah hati, aktiviti amal yang bermula pada 16 Julai 2012 berjaya mengumpul sumbangan RM10,000 dalam bentuk tunai. Di samping itu, pelanggan ZALORA juga menderma pakaian kanak-kanak kepada anak-anak yatim menerusi kempen ini.

Aktiviti CSR yang dinamakan kempen ‘Donate A Baju Raya’ terdiri dari beberapa pilihan sumbangan untuk membolehkan pelanggannya membantu usaha amal ini. Dari 23 hingga 29 Julai 2012, potongan RM1 dari setiap pembelian yang dibuat dari ZALORA disalurkan ke tabung OrphanCARE. Pelanggan juga boleh memilih untuk mendermakan wang tunai secara online menerusi zalora.com.my atau membeli pakaian kanak-kanak yang terpilih untuk didermakan sebagai baju raya untuk anak-anak yatim.

Majlis penyampaian cek telah diadakan di OrphanCARE Malaysia, di Kg Tunku, pada hari Selasa, 7 Ogos 2012. Pengarah Urusan dan Pengasas ZALORA Malaysia, Encik Leow Wee Jonn dan Encik Johan Surani menyampaikan replica cek kepada wakil OrphanCARE dan juga mengagihkan sumbangan baju raya dari pelanggannya kepada anak-anak yatim Kompleks Penyayang Bakti.

Selain sumbangan derma yang Berjaya dikumpulkan itu, kempen CSR ZALORA juga disokong oleh rakan niaga ZALORA– Dooodolls® dan Cupcake Chic.

Dooodolls® (http://www.dooodolls.com/),  rangkaian produk gaya hidup dengan paparan watak dan rekaan Dooodolls® yang berwarna-warni dan unik, menyumbangkan 700 mainan kepada kanak-kanak Kompleks Penyayang Bakti. Diasaskan dan direka bentuk oleh Encik Darren Chen, setiap mainan Dooodoll® memaparkan watak unik dan comel, yang ternyata menarik minat kanak-kanak kecil yang hadir di upacara ini.

Turut teruja untuk menjadi sebahagian dari kempen amal ini ialah Cupcake Chic Sdn Bhd (http://www.cupcakechic.com.my/) menghadiahkan kotak berisi kek cawan yang cantik dan lazat kepada kanak-kanak dan para tetamu. Joanne Ho, Pengarah Urusan Cupcake Chic Sdn Bhd berkata,”Kami gembira menjadi sebahagian dari kempen amal ini dan kami harap kek cawan kami Berjaya mengukir senyuman di wajah setiap kanak-kanak.”

Pelakon terkenal, Sofia Jane dan Vanidah Imran serta personaliti TV popular Daphne Iking turut hadir untuk menceriakan kanak-kanak di OrphanCARE. Ketiga-tiga selebriti jelita ini menghiburkan mereka dan membahagi-bahagikan mainan Dooodolls® dan kek cawan Cupcake Chic kepada mereka.

Check Also

Koleksi Amber Raya 2026 bertema Time for Love dengan duta jenama di Istanbul

AMBER RAYA 2026 ANGKAT KONSEP CINTA, WARISAN DAN KEANGGUNAN MODEN

Jenama fesyen tempatan Amber terus mengukuhkan kedudukannya dalam industri apabila telah melancarkan kempen Raya terbaharu …

Koleksi baju kurung dan kebaya eksklusif Rizman Ruzaini Raya 2026 di Maison Rizman Ruzaini.

KOLEKSI RIZMAN RUZAINI RAYA 2026: ADUNAN HIKAYAT KLASIK DAN MODERNITI NUSANTARA

Dua dekad mengukuh dalam industri fesyen tanah air, jenama gergasi Rizman Ruzaini sekali lagi membuktikan …

Leave a Reply