Zizan Berkolaborasi Dengan KRU Dalam “Adiwira”

ADIWIRA2

Adiwira dikenali dengan sifat keberanian dan kebolehan yang tidak terdapat pada manusia biasa. Cicakman merupakan adiwira yang tidak asing bagi penggemar filem tempatan. Setelah 7 tahun selepas Cicakman 2 – Planet Hitam diterbitkan pada tahun 2008, kini KRU Studios kembali menggegarkan industri perfileman tempatan dengan menerbitkan “Cicakman 3” lakonan Zizan Razak, Lisa Surihani dan Fizz Fairuz  yang akan berada di pawagam pada 12 Mac 2015.

Adiwira” merupakan lagu tema bagi filem Cicakman 3 yang menggabungkan dua ikon popular tanah air iaitu Kumpulan KRU dan Zizan Razak, ZizanKRU. Lagu ciptaan Edry Abdul Halim yang bergenre hip-hop ini turut mendapat sentuhan daripada pelawak nombor satu negara iaitu Zizan yang turut sama dalam penulisan lirik. Kolaborasi ini merupakan permintaan peribadi oleh Zizan sendiri untuk bekerjasama bersama KRU dalam penghasilan lagu tersebut. Ternyata kolaborasi vokal dua ikon terkenal tanah air ini dapat dan berjaya menghasilkan sebuah gabungan sempurna melalui ciptaan lagu yang diberi garapan segar dan disesuaikan dengan selera muzik generasi terkini.

ADIWIRA

Adiwira merupakan kolaborasi unik kerana menggabungkan pendekatan muzik hip hop Zizan dengan elemen pop/rnb identiti KRU. Peluang bekerjasama dengan karektor dinamik seperti Zizan membuktikan beliau seorang penghibur serba boleh, meyakinkan kami bahawa projek lagu tema Cicakman 3 ini bakal mendapat perhatian peminat. Kami juga berharap konsep berelemen hip hop sebegini dapat melepaskan rindu peminat KRU yang sudah sinonim dengan muzik rancak dan bertenaga dari awal pembabitan kami dahulu,” ujar Ketua Pegawai Kreatif KRU Music, Edry Abdul Halim .

“Adiwira” diedarkan serentak secara online di iTunes, Spotify, Deezer dan Kkbox pada 28 November 2015. MTV “Adiwira” diterbitkan secara rasmi melalui rangkaian KRU Music iaitu di laman sesawang Youtube pada tarikh yang sama. Tentu para peminat tidak sabar untuk menyaksikan kedua-dua ikon gergasi tanah air ini beraksi bersama sebagai satu kumpulan.

Check Also

Konsert Wali Live Kota Kinabalu bakal berlangsung di SICC Sabah

KONSERT WALI LIVE KOTA KINABALU 12 APRIL 2026 TEBUS KEKECEWAAN SABAH

Konsert Wali Live Kota Kinabalu akhirnya sah kembali ke Sabah. Selepas perancangan terdahulu tidak menjadi …

Wali Band bakal jayakan Konsert Wali Band Kembali di Kuala Lumpur 2026

KONSERT WALI BAND KEMBALI 1 MEI 2026 JADI MALAM PENEBUSAN DI BUKIT JALIL

Konsert Wali Band Kembali bakal menjadi malam penebusan paling dinanti peminat di Kuala Lumpur. Selepas …

Leave a Reply