Zizan Syok Membeli-Belah Di Sony Store KLCC

Duta Sony yang baru sahaja dilantik iaitu Zizan Raja Lawak, membuat penampilan khas di Sony Store KLCC membeli belah gajet-gajet terbaru Sony untuk sambutan raya akan datang. Ahli-ahli MySony serta peminat juga turut dipelawa menyertai fiesta membeli belah ini.

Zizan diperkenalkan dengan TV BRAVIA termasuk siri-siri 4K terbaru serta Set Teater Rumah oleh Penasihat Produk Sony Store,Sakina. Beliau juga meninjau-ninjau sudut kamera NEX dan Handycam bagi melihat promosi terbaru yang Sony tawarkan.Laptop terbaru keluaran Sony iaitu VAIO Duo 13 juga ada dipertontonkan.

Selain daripada TV dan laptop, Zizan juga berkesempatan melihat telefon pintar Xpreria Z dan Xperia Tablet Z yang boleh dihubungkan melalui One-Touch menggunakan kesepaduan Komunikasi Medan Terhampir  (NFC) dan keupayaan Bluetooth.

Promosi Raya Sony telah pun bermula pada 26 Jun lepas dan bakal berakhir pada 18 Ogos depan. Sony turut menawarkan skim ansuran PERCUMA 1 bulan apabila anda menandatangani pelan ansuran 0% selama 24 bulan.

 

[nggallery id=177]

 

Check Also

Ari Lesmana KL konsert Mangu di Zepp Kuala Lumpur

ARI LESMANA KL BAWA MANGU KE ZEPP, TIKET JUALAN 2 APRIL 2026

Aura emosi, eksperimen muzik dan hype peminat mula terasa apabila Ari Lesmana KL akhirnya diumumkan …

DRE Coffee Cyberjaya kafe 24 jam konsep AI komuniti moden

DRE COFFEE CYBERJAYA BUKA 24 JAM, KONSEP KOPI AI CETUS PERHATIAN

Cyberjaya kini ada pemain baru yang tak datang main-main. DRE Coffee Cyberjaya tampil dengan konsep …

Leave a Reply