Syarikat Makanan, Pemakanan, Kesihatan dan Kesejahteraan terunggul, Nestlé, telah memperkenalkan produk terkininya, MAGGI® Magic MealsTM, “Cara Baru Menyediakan Hidangan Lazat Dengan Periuk Nasi Anda, Bagaikan Magik” semasa pelancaran media yang berlangsung di The Bee, Publika Kuala Lumpur.Nestlé telah menunjukkan komitmennya dalam memberikan tumpuan kepada kesejahteraan pelanggan mereka dan percaya bahawa makanan yang lazat adalah asas kepada kehidupan yang sejahtera. Inilah usaha yang telah dilakukan oleh Nestlé untuk keluarga Malaysia sejak 100 tahun lalu dan akan terus dilakukan untuk 100 tahun yang akan datang.
Kini, rangkaian baharu iaitu, MAGGI® Magic MealsTM diperhebatkan lagi dengan inovasi terunggul di mana produk ini adalah yang pertama dan satu-satunya produk di Malaysia yang direka khas untuk dimasak di dalam periuk nasi. Ini merupakan cara masakan yang unik di mana lauk dimasak di dalam beg masakan MAGGI® dan dimasak bersama nasi di dalam periuk nasi. Beg masakan MAGGI® adalah selamat untuk dimasak serta mematuhi peraturan US dan EU FDA serta tahan haba. Memasak dengan beg masakan MAGGI® membantu mengekalkan rasa dan khasiat daging dan sayuran untuk menjadikan hidangan lebih lazat dan penuh rasa. Tambahan lagi, MAGGI® Magic MealsTM ialah pilihan yang lebih baik kerana ia tidak memerlukan minyak untuk dimasak.
Dengan hanya 4 langkah mudah, pengguna dapat menyediakan hidangan yang lazat di rumah. Langkah pertama ialah menambah daging dan sayur ke dalam beg masakan MAGGI® bersama dengan perencah MAGGI® Magic MealsTM. Kemudian ikat beg masakan dan gaulkan dengan sebati. Selepas itu, letakkan beg di atas beras di dalam periuk nasi dan masak. Kemudian, hidangan sedia untuk dinikmati!Terdapat tiga resipi kegemaran rakyat Malaysia untuk dipilih iaitu MAGGI® Magic MealsTM ‘Kari Ayam Beraroma’, MAGGI® Magic MealsTM ‘Savouri Ayam Masak Merah’ dan MAGGI® Magic MealsTM ‘Ayam Kicap Berempah’ yang dijual pada harga RM3.95 sepaket.
“Sebagai seorang selebriti, usahawan dan juga isteri dan ibu kepada dua orang anak, saya berusaha meluangkan masa untuk menyediakan masakan dirumah untuk suami dan anak-anak saya walaupun jadual saya sibuk,” menurut Dynas Mokhtar.Selebriti terkenal Sheahnee Iman Lee telah mencuba MAGGI® Magic MealsTM dan sebagai seorang isteri dan ibu yang bekerja, beliau kini amat gemar menggunakannya.
MAGGI® akan terus menawarkan perkhidmatannya kepada pengguna dengan memberikan idea dan resipi hidangan, petua memasak dan khasiat melalui pelbagai platform media seperti laman Facebook MAGGI® dan laman web MAGGI®. MAGGI® Masak-Masak Kitchen akan turut menampilkan konsep yang lebih kontemporari sebagai platform untuk pengguna berkongsi pengalaman dengan menyediakan hidangan mereka sendiri yang bertempat di ibu pejabat Nestlé®.
[nggallery id=144]