‘HotelClub’ – Rewards Kepada Ahli

Ahli-ahli  HotelClub di Asia kini boleh merebut satu tawaran hebat dengan pelancaran program jualan kilat mingguan oleh laman web kembara dan penginapan global tersebut. Bermula dalam bulan Februari, program ini menawarkan diskaun sebanyak 40-60% untuk satu hotel bertaraf empat atau lima bintang yang terpilih untuk tempoh 24 jam sahaja.

Tiap-tiap tawaran dalam program jualan kilat ini telah disediakan berdasarkan markah yang tinggi dalam Indeks Atribut Tawaran HotelClub. Ini mengukur permintaan untuk lokasi-lokasi tertentu seperti bandar ke pantai, acara-acara akan datang seperti Hari Kekasih, kekosongan bilik penginapan bagi hotel-hotel yang berkualiti, ulasan hotel yang positif dari ahli-ahli HotelClub, kekosongan untuk tempahan-tempahan masa hadapan, dan kadar terbaik yang boleh didapati.“Berdasarkan kejayaan jualan kilat mingguan kami untuk ahli-ahli Australia, kami telah melihat permintaan yang tinggi dari ahli-ahli kami di Asia untuk melancarkan pogram mereka yang tersendiri. Maklumbalas dari pelanggan kami telah menunjukkan bahawa tawaran masa terhad dan diskaun hebat memberikan dorongan yang tinggi untuk pengembara yang sedang merancang suatu perjalanan, tetapi belum lagi membuat tempahan,” kata Jeremy Bellinghausen, President bagi HotelClub.

“Pakar-pakar lapangan kami bersama-sama dengan maklumat tempahan yang mendalam telah memberikan kami petunjuk-petunjuk yang tepat tentang destinasi-destinasi serantau serta antarabangsa yang menarik kepada ahli-ahli di Singapura, Malaysia, Hong Kong dan seterusnya. Dengan pengembara-pengembara di Asia kini meneroka destinasi yang baru, kami ingin menyediakan tawaran percutian yang boleh dimampukan”.

Jualan kilat HotelClub terbuka kepada ahli-ahli di 14 negara-negara Asia termasuk Malaysia. Singapura, Taiwan, dan Hong Kong.  Ahli-ahli boleh menggunakan mata ganjaran mereka untuk mengurangkan lagi harga bilik penginapan mereka lebih lagi, dan pada masa yang sama turut menerima mata ganjaran untuk percutian mereka yang berikutnya. Tiap-tiap destinasi jualan kilat akan diumumkan setiap hari Khamis pada pukul 9 pagi AEDT (6am masa Singapura dan Malaysia), bermula dari 9 Februari 2012. Pengembara boleh meneliti tawaran-tawaran ini menerusi e-mel kepada ahli, pengumuman terbaru di laman web Facebook dan Twitter HotelClub serta menerusi sepanduk di laman web HotelClub di www.hotelclub.com

Berikut adalah contoh-contoh destinasi-destinasi akan datang untuk Jualan Kilat mereka.

  • Taipei, Taiwan: Pilihan nombor 1 untuk dua tahun berturut-turut sebagai destinasi percutian utama untuk pengembara dari Asia.
  • Kuala Lumpur, Malaysia: Malaysia dipilih sebagai destinasi utama untuk pengembara dari Singapura, menyumbang sebanyak 17% dari keseluruhan transaksi untuk tahun  20112
  • Osaka, Japan: Berada pada tahap nombor #9 dalam senarai sepuluh bandar -bandar kian meningkat untuk pengembara Asia dalam tahun 20113

Ahli-ahli dari 14 negara yang berikutnya layak untuk jualan kilat HotelClub:

China

Cambodia

Hong Kong

Indonesia

Macau

Malaysia

Myanmar

Korea Utara

Filipina

Singapura

Korea Selatan

Taiwan

Thailand

Vietnam

About HotelClub

HotelClub merupakan satu laman web penginapan terutama di dunia, yang telah ditubuhkan dalam tahun 1996. HotelClub menyediakan lebih 73,000 pilihan penginapan di lebih 7,400 bandar di 141 negara diseluruh dunia. Melalui program ganjaran uniknya, HotelClub Rewards, ahli-ahli boleh memperolehi mata ganjaran (1 Mata Ganjaran = 1 USD) sehingga 7% daripada nilai setiap tempahan, yang kemudiannya boleh dilunaskan untuk tempahan bilik hotel dimasa hadapan. Syarikat ini menjalankan operasi untuk tiga laman web – HotelClub.com, RatesToGo.com and AsiaHotels.com. HotelClub adalah sebahagian dari Orbitz Worldwide Inc (NYSE: OWW), syarikat kembara dalam talian yang utama.

 

Check Also

ROSSA KEMBALI DENGAN KONSERT “HERE I AM” DI AXIATA ARENA

Penyanyi tersohor Indonesia, Rossa, bakal mengadakan konsert solo bertajuk “Here I Am” di Axiata Arena, …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *