Hujan, Kugiran Masdo dan SOG Bakal Beraksi Di Nusanta Rocks

Hujan, Kugiran Masdo dan Sekumpulan Orang Gila (SOG) bakal beraksi di atas satu pentas di konsert Nusanta Rocks yang bakal di adakan pada 30 November ini.  Konsert yang akan bermula sekitar jam 3 petang hingga 11 malam ini akan di adakan di KWC, Starxpo Centre, Kuala Lumpur.

Konsert anjuran Oyoshi Green Tea ini akan membariskan 7 buah kumpulan yang berlainan genre termasuk 2 buah daripada negara jiran tetangga, Indonesia.

Barasuara, Sisitipsi, Iqbal M, dan Mafidz juga akan turut beraksi di konsert tersebut.  Peminat yang ingin menyaksikan persembahan konsert ini boleh mendapatkan tiket yang berharga RM50 dan  RM135 menerusi TicketApps atau melalui whatapp di 01120856500.

 

Check Also

The Rock Emperor Penang Chapter Sukses Hiburkan 8,000 Penonton, Wings Bakal Bawa Konsert Ke Pantai Timur

Spice Arena, Bayan Baru, Pulau Pinang menjadi saksi 8,000 peminat rock pulang dengan senyuman selepas …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *