Ibu Pejabat Operasi Asia Tenggara ESPN GLOBAL Di Malaysia Dilancarkan

ESPN Global Malaysia menyediakan platform permainan dalam talian baru yang menyokong pembayaran kripto ini membolehkan pemain membuat deposit dan pengeluaran melalui Bitcoin dan beberapa jenis matawang kripto lain di seluruh dunia.

ESPN Global adalah platform e-Sports mudah alih yang berpusat di UK. Ia dikendalikan oleh ESPN Global CORPORATION LTD, yang beribupejabat di Poland menawarkan beberapa permainan popular dalam satu aplikasi. Ia juga memberi peluang kepada orang ramai untuk mengubah taraf hidup serta menggandakan pendapatan mereka dengan permainan secara atas talian dengan hanya menjadi ahli berstatus ‘Affiliate Refferal’ yang boleh menjana pendapatan pasif sehingga 10,000 sehari.

ESPN Global Malaysia, syarikat yang mengintegrasikan sistem ‘blockchain’ dengan permainan dalam talian (e-sport) telah melancarkan ibu pejabat bagi operasi mereka di Malaysia dan Asia Tenggara  yang bertempat di Oasis Ara Damansara. Majlis pelancaran tersebut telah dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri, Adun  Seri Setia, Yb Tuan Halimey Abu Bakar.

Antara pelan pengembangan perniagaan ESPN Global Malaysia bercadang untuk menjalankan pertandingan pencarian pasukan terbaik dalam permainan Mobile Legends, Call Of Duty Mobile serta  PlayerUnknown’s Battlegrounds (PUBG) yang akan menawarkan sejumlah hadiah wang kemenangan bernilai RM1 juta.Misi pencarian pemain atau pasukan terbaik akan bermula di 52 negara yang bernaung di bawah program e-sukan ini dan bagi setiap pusingan wakil akan bersaing di peringkat awal, penyingkiran dan akhir yang berkemungkinan akan dilaksanakan di negara-negara yang berbeza.

Selain itu juga, ESPN Global Malaysia bercadang untuk menjalankan pertandingan liga Futsal tempatan yang akan menawarkan sejumlah wang tunai bernilai RM100 ribu sebagai hadiah kemenangan.

Orang ramai yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang perkhidmatan dan produk yang ditawarkan oleh ESPN Global Malaysia boleh melayari laman sesawang : https://t.me/espnglobalmalaysia .

ESPN Global Malaysia juga melancarkan Penawaran Pertukaran Awal (IEO) Smart Gaming Token (SGT) sendiri yang akan dilakukan di dalam komuniti e-sukan yang mempunyai lebih dari 50 ribu ahli sehingga kini. Sebagai tambahan kepada rancangan pengembangan perusahaan mereka, ESPN Global juga melancarkan inisiatif Game Developers Console yang akan memberi akses kepada pembangun permainan bebas dan studio permainan untuk melancarkan permainan mereka sendiri.

Check Also

Pertunjukan Cahaya dan Bunyi di JBL Rewind Revolution

JBL®, jenama audio gaya hidup terkenal di bawah Harman International, memperkenalkan “JBL Rewind Revolution Roadshow” …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *