Ibu Sumber Inspirasi Buat Kami Berjaya – Nadzirah & Dinah Hashim

Nadzirah dan Dinah Hashim adalah pengasas kepada laman sesawang  FriendlyFashion.my . Laman sesawang ini dimulakan lebih kurang setahun tiga bulan yang lepas. Ia juga boleh dimuat turun di Android dan iOS. Mereka berdua pernah mendapat anugerah  Online Shop of the Year 2012 di Digi WWWWOW award tahun lepas.

Setakat ini laman sesawang  FriendlyFashion.my mempunyai hampir 16,000 orang ahli berdaftar dan di facebook pula 58,000.Laman web ini lebih kepada wanita mahu menjual, menukar, atau berkongsi pakaian mereka. Friendlyfashion bukanlah laman sesawang butik dalam talian, namun ia adalah platform kepada penjual dan pembeli dimana mereka boleh berurusan secara terus disini.Ia juga lebih kepada laman web komuniti dimana ahli-ahlinya boleh berkongsi apa sahaja.

Adik-beradik ini juga melakukan projek dengan Astro Oh My English, di mana mereka pergi ke sekolah-sekolah di seluruh Malaysia setiap minggu untuk mengajar Bahasa Inggeris melalui ucapan puisi. Sifat ini adalah hasil pengajaran dari ibu mereka  bahawa dalam apa sahaja yang mereka lakukan, mereka perlu berfikir tentang bagaimana ia boleh memberi inspirasi kepada belia.

“Daripada kecil hingga sekarang, ibu mempunyai sebuah travel agency yang mana saya selalu belajar berkenaan dunia dan bisnes, ” kata Nadzirah.

“Pada saya ini adalah bisnes sendiri dan apabila melihat bisnes module dan bisnes plan,itu yang beri saya keyakinan yang mereka akan berjaya memandangkan selepas setahun ahli pun semakin bertambah dari masa ke semasa, ” ujar Puan Norlin Othman, Ibu Nadzirah.

“Saya ingin memberi Samsung La’Fleur kepada ibu saya kerana ibu saya feminin dan ia kena dengan jiwanya. Aplikasi-aplikasi didalam Samsung La’Fleur juga lebih kepada ciri-ciri kewanitaan seperti boleh menjaga berat badan dan juga boleh mencuba aplikasi makeup, ” tambah Nadzirah.

Bagi mereka yang berminat untuk menukar,menjual serta berkongsi pakaian boleh lah melayari laman sesawang www.friendlyfashion.my. Nadzirah juga boleh dihubungi di email nadzirah@friendlyfashion.my

 

Check Also

ROSSA KEMBALI DENGAN KONSERT “HERE I AM” DI AXIATA ARENA

Penyanyi tersohor Indonesia, Rossa, bakal mengadakan konsert solo bertajuk “Here I Am” di Axiata Arena, …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *