iM4U Lancarkan Stesen Radio Sendiri

7im4ulaunch00

iM4U fm kini dilancarkan secara rasminya. Sebagai stesen radio baru untuk belia yang berkonsepkan khidmat sosial, iM4U fm bakal memperdengarkan lagu-lagu terkini pelbagai genre, tempatan dan antarabangsa. Bernaung di bawah iM4U, stesen radio ini bermatlamat untuk memupuk semangat kesukarelawanan, selain menyampai mesej-mesej positif di kalangan belia.

iM4U fm merupakan stesen radio pertama di Malaysia yang menggabungkan konsep khidmat sosial dan hiburan untuk para belia. Istimewanya tentang iM4U fm adalah, segala keuntungan yang diraih akan disalurkan ke Dana Sukarelawan 1Malaysia (DRe1M) untuk menyokong usaha iM4U untuk membantu rakyat Malaysia.

7im4ulaunch06

“Kami amat teruja – iM4U fm  bukan sahaja menyajikan muzik.  Kami juga menyokong usaha proaktif iM4U dalam memupuk semangat kesukarelawanan di kalangan belia dengan penuh semangat dan pendekatan yang santai,” ulas Kartini Kamalul Ariffin, Pengarah Radio, iM4U fm.

Tambah beliau lagi, “iM4U fm tidak hanya menghiburkan pendengar kami – tetapi juga bertekad untuk selalu membawa kelainan dalam menyampaikan maklumat-maklumat usaha sosial dan Dana DRe1M. Kami berharap usaha kami akan diterima baik pendengar kami”.

Radio iM4U fm bertujuan menyampaikan mesej kemasyarakatan dari aspek pembangunan negara bangsa, perpaduan, pembinaan jati diri di kalangan belia.

7im4ulaunch11

Antara program-program menarik yang disiarkan di iM4U fm:

  • #Bangkit, rancangan pagi mengupas isu semasa berkaitan belia sambil memperdengarkan muzik serba baru, berita hiburan terkini, laporan trafik dan aktiviti semasa Street Team iM4U.
  • #Awesomebeats, menampilkan hiburan muzik rancak tanpa henti selama 4 jam untuk semarakkan hari pendengar.
  • #ChillX iM4U fm, merupakan segmen petang yang mengupas berita hiburan dan isu terkini, laporan trafik, serta penampilan khas selebriti atau persembahan secara langsung oleh artis-artis jemputan.
  • #Pesta Night – Segmen yang ke-udara setiap malam hari Jumaat dan Sabtu ini memuatkan muzik terkini berentak tari untuk menceriakan mood pendengar pada hujung minggu.
  • #ALT-X (disebut sebagai Alternate X) – Segmen ini membawakan muzik alternatif di luar arus perdana. ALT-X mengetengahkan lagu daripada penyanyi bukan komersial dan yang baru bertapak di arena muzik; dan memutarkan lagu yang belum berkumandang di stesen radio lain. Ini menunjukkan sokongan padu iM4U fm terhadap bakat tempatan.

“Kami bangga dengan penerimaan iM4U yang memberangsangkan selama ini. Hari ini, lahirnya stesen radio yang dapat mendukung semangat kami untuk memupuk tanggungjawab sosial terus kepada belia di Malaysia”, ulas Azlan Rudy Malik, Ketua Pegawai Operasi iM4U.

7im4ulaunch23

Sesi pelancaran yang berlangsung di Black Box, Publika semalam menyaksikan Ketua Pegawai Operasi iM4U, Azlan Rudy Malik dan Pengarah Radio iM4U fm, Kartini Kamalul Ariffin bersama-sama merasmikan stesen radio iM4U fm. Turut memeriahkan majlis adalah rakan-rakan artis seperti kumpulan Pop Shuvit, Bunkface, penyanyi rock terkenal Amy Search dan artis baru Diandra Arjunaidi, juga wakil-wakil dari iM4U. Majlis ini diacarakan oleh Hunny Hatim dan Brandon Ho.

iM4U akan keudara sepenuhnya bermula dari 15 September 2014.

iM4U fm merupakan sebuah stesen radio baru untuk belia yang kini keudara secara rasmi di Lembah Klang menerusi frekeuensi 107.9 fm. Di samping menghiburkan pendengar kami dengan lagu-lagu tempatan dan antarabangsa yang terkini, kami  bermatlamat untuk menjadi peneraju dalam khidmat sosial, seiring dengan misi kami untuk memupuk semangat kesukarelawanan di kalangan belia.

Untuk maklumat lanjut, sila layari:

Laman web: www.im4ufm.my

Facebook: www.facebook.com/iM4Ufm

Soundcloud: soundcloud.com/im4ufm

Twitter: @im4ufm

Instagram: @im4ufm

 

Check Also

Astro Persembahkan Drama ‘Berbahagi Suami’ – Menyingkap Realiti Poligami Dari Kaca Mata Isteri Kedua

Astro, peneraju utama hiburan di Malaysia, kembali dengan drama terbaharu berkisarkan konflik rumahtangga bertajuk ‘Berbahagi …

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *