Isu Kahwin Rahsia, Sembunyi Anak : Aeril & Wawa Mengaku, Minta Maaf

Segala desas desus, spekulasi dan tanda tanya ramai mengenai kontroversi hangat pasangan pelakon Aeril Zafrel dan Wawa Zainal akhirnya terjawab jua dalam satu sidang media khas petang jumaat lepas.”Saya mula berkenalan dan bercinta dengan Wawa pada 2010 sewaktu kami berlakon dalam drama Klik. Tapi ketika itu pihak pengurusan Wawa iaitu MIG tidak membenarkan berkawan apatahlagi bercinta.

” Dan demi Allah, pada 25 Februari 2012 saya Aeril Zafrel dan Wawa telah bernikah. Bukan seperti yang kalian dakwa sebelum ini. Pernikahan kami sah.

 

WAW_7142

“Kami bernikah sebanyak dua kali? Pernikahan kali pertama adalah sebagai menghalalkan perhubungan kami. Kami tak ada surat nikah untuk penikahan pertama itu. Dan selepas saya dapat tahu Wawa mengandung, kami bernikah semula pada 4 Februari 2013 kerana mahu mengikut Undang-undang Keluarga Negeri Selangor dan supaya anak kami boleh di binkan dengan nama saya.
“Kenapa kami nikah dua kali dan kenapa kami merahsiakan pernikahan kami kerana pada ketika itu Wawa meminta saya merahsiakan kerana pihak MIG tidak membenarkan kami bercinta apatahlagi berkahwin. Wawa takut dimarahi oleh pihak pengurusan dia”, kata Aeril Zafrel.
Sidang media itu turut dihadiri oleh Wawa Zainal, bapa aktres itu, peguam Aeril iaitu Zulhasmi Zakaria (Termizi & Co.) dan juga pengurus aktor itu.

Media dimaklumkan pernikahan kali pertama pasangan ini diadakan di rumah keluarga pengurus Aeril yang terletak di Petaling Jaya. Majlis tersebut turut dihadiri oleh saksi dan wali iaitu bapa Wawa sendiri dan seorang Imam yang dibawa dari Sabah.
ย WAW_7139Manakala pernikahan kali kedua, pasangan ini bernikah di Masjid Jumuriah Taman Dato Harun dan mereka dinikahkan oleh Imam masjid tersebut.
Dalam masa yang sama, Wawa membuat pengesahan bahwa laporan media sebelum ini tentang kewujudan anak mereka adalah benar.

“Anak saya lahir pada 24 Ogos lalu. Semuanya betul seperti yang dilaporkan oleh akhbar tersebut”, katanya.
Ahad lalu ruangan sisipan akhbar Berita Harian, Bipop, mendedahkan Aeril dan Wawa telah bernikah pada 4 Februari lalu dan Wawa telah melahirkan seorang bayi pada 24 Ogos lalu. Bayi seberat seberat 3.12kg pada jam 9.25 pagi, di Roopi Medical Centre, Jalan Dato Haji Eusoff, Damai Complex, Kuala Lumpur dan diberikan nama Ahmad Fakharuddin Attar.
Berikut gambar Aeril dan Wawa sebagai bukti mereka telah bernikah.
Berikut gambar Aeril dan Wawa sebagai bukti mereka telah bernikah.
Nama bapa bayi tersebut direkodkan sebagai Suhairil Suhari, dipercayai nama sebenar Aeril. Nama ibu diberikan sebagai Nur Hawa Zainal Abidin, turut dipercayai nama sebenar Wawa dengan tarikh lahir sama, 12 Mac 1992.
Keadaan sidang media menjadi tegang dan ‘panas’ apabila Aeril dan Wawa cuba menarik tali dengan media dan mereka tidak mahu berterus terang dan cuba membuat media keliru.
Dan akhirnya Wawa meminta maaf daripada pihak media kerana ย merahsiakan perkahwinan mereka dan mereka menipu atas dasar darurat. Darurat dalam erti kata lain, Wawa takut dengan majikannya, David Teo.

“Kami minta maaf kepada semua kerana merahsiakan perkahwinan kami. Kami telah berkahwin dua tahun lepas dan mempunyai seorang anak. Kami menipu kerana ada sebab”, ujar Wawa dengan nada sebak.
Lantas dicela oleh Aeril, “Oh, media mahu kami minta maaf…, katanya dengan nada yang tidak berpuas hati.
Sumber ~ MalaysianDigest

 

Check Also

CSA Academy Lantik Ziana Zain Sebagai Duta Rasmi Kerana Kredibiliti, Integriti & Semangat Juang

Meyakini kredibiliti dan integriti seorang Ziana Zain yang sudah mencetak sejarah dalam dunia hiburan tempatan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *