Jabra Bawa Pembaharuan dalam Teknologi Nirwayar Sebenar dengan Era Baru Fon Telinga Elite

Jabra, peneraju dalam bidang penyelesaian audio peribadi dan pejabat, hari ini mengumumkan empat produk yang membentuk rangkaian nirwayar sebenar Elite yang baharu – Elite Pro, Elite Active dan rangkaian teras Elite. Pembaharuan bermakna terus mara ke arah kemajuan dan inilah yang dilaksanakan oleh Jabra untuk teknologi panggilan, padanan di dalam telinga, pengalaman audio dan reka bentuk.

Antara tambahan kepada rangkaian tersebut ialah Jabra Elite 7 Pro, produk revolusioner yang menampilkan teknologi Jabra MultiSensor VoiceTM, yang menawarkan prestasi panggilan yang terbaik dalam kelasnya. Jabra juga akan melancarkan Elite 7 Active dengan lapisan ShakeGripTM perintis, yang sesuai untuk gaya hidup aktif. Tambahan ketiga kepada rangkaian tersebut adalah Jabra Elite 3, yang membawakan bunyi yang hebat di mana sahaja untuk pendengar yang lebih ramai. Tambahan terakhir kepada rangkaian Elite adalah Jabra Elite 2, yang sesuai untuk mereka yang menginginkan bunyi yang hebat di mana sahaja, pada harga yang berpatutan. Rangkaian Elite yang diperbaharui ini menunjukkan kemajuan terkini dalam bidang teknologi nirwayar sebenar: setiap satunya direka khusus untuk membawa pembaharuan dalam pengalaman nirwayar sebenar dengan memperkenalkan teknologi baharu unik yang dioptimakan bagi penggunaan yang spesifik dalam reka bentuk yang bergaya dan moden.

Sebagai salah satu syarikat yang merupakan perintis bidang teknologi nirwayar, Jabra mempunyai pengalaman pembelajaran selama enam generasi dan membawa pembaharuan kepada teknologi nirwayar untuk disesuaikan dengan keperluan jutaan pengguna nirwayar pada hari ini. Rangkaian Elite baharu ini direka khusus untuk senario penggunaan yang spesifik. Kategori Pro baharu oleh Jabra direka untuk mereka yang menginginkan keunggulan dari segi panggilan dan muzik, yang membolehkan pengguna menikmati pengalaman nirwayar sebenar tanpa batasan. Kategori Active dari Jabra pula dikhususkan untuk sukan dan gaya hidup aktif, dan fon telinga tersebut direka supaya ia kekal pada kedudukannya bila anda berpeluh. Elite 3 yang merupakan antara produk dalam kategori teras Jabra, menampilkan standard baharu untuk audio peringkat permulaan, di mana sahaja. Akhir sekali, Elite 2 adalah untuk mereka yang lebih menyukai reka bentuk berkualiti, menonjol dengan output bunyi bertenaga dan keselesaan, pada harga yang berpatutan.

Jabra Elite 7 Pro

Jabra MultiSensor VoiceTM – Jabra  Elite 7 Pro

Teknologi inovatif Jabra MultiSensor VoiceTM yang diperkenalkan bagi Elite 7 Pro membawakan panggilan yang begitu jelas, walau di tempat yang paling bising sekalipun.  Kini lebih ramai pengguna berhubung melalui panggilan – penggunaan panggilan suara meningkat dari tahun ke tahun pada 2021, dan berada di kedudukan kedua dari segi penggunaan selepas muzik**. Jabra MultiSensor VoiceTM menggabungkan sensor konduksi tulang, empat mikrofon dan algoritma untuk memastikan panggilan yang benar-benar jelas. Hasil dari kepakaran Jabra dalam mewujudkan algoritma pintar, terciptalah fon telinga yang merupakan antara yang pertama direka untuk pengguna dengan menggunakan teknologi hibrid ini.

Sensor pengesan suara (VPU) yang termaju di dalam kedua-dua fon telinga menjadikan Jabra MultiSensor VoiceTM begitu berkesan. Algoritma pintar sentiasa menganalisis jenis bunyi yang dikesan oleh mikrofon yang terbina dalam, dan apabila ia mengesan bunyi angin, sensor VPU akan diaktifkan secara automatik. Teknologi Konduksi Tulang digunakan untuk menyalurkan suara melalui getaran pada tulang rahang, dan algoritma pintar tersebut kemudiannya menggunakan kombinasi terbaik dari sensor konduksi tulang dan mikrofon untuk menghasilkan panggilan yang amat jelas.

Di samping itu, Pembatalan Hingar Aktif (ANC) yang boleh dilaraskan menghasilkan pengalaman yang benar-benar imersif. Bunyi juga boleh dikhususkan lagi menurut pengguna dengan mewujudkan profil audio tersendiri dengan teknologi Jabra MySound dan menggunakan HearThrough – teknologi ini membolehkan pengguna menentukan sebanyak mana bunyi dari luar yang dapat didengar.

Fon telinga Elite 7 Pro adalah 16 peratus lebih kecil daripada Jabra Elite 75t yang begitu popular di kalangan pengguna dan merupakan fon telinga Jabra terkecil setakat ini. Dengan menggunakan pangkalan data Jabra yang merangkumi 62,000 imbasan telinga yang unik, perintis teknologi tersebut berupaya menghasilkan pemetaan telinga manusia dan menggunakannya untuk mereka semula fon telinga. Setelah menjalankan begitu banyak ujian, Jabra berupaya menghasilkan fon telinga yang membawakan kualiti bunyi luar biasa dan keselesaan yang optimum.

Fon telinga komprehensif ini membawakan tempoh penggunaan tanpa henti selama 9 jam dengan ANC dan 35 jam dengan bekas pengecas, termasuklah pengecasan pantas yang dapat memberikan kuasa bateri selama 1.2 jam dalam tempoh hanya 5 minit sahaja. Elite 7 Pro didatangkan dengan Alexa yang terbina dalam, Siri dan Google Assistant* (*Android sahaja).

Jabra Elite 7 Active

Teknologi Jabra ShakeGripTM – Jabra Elite 7 Active
Bagi yang menginginkan fon telinga yang paling sesuai untuk gaya hidup aktif, Jabra Elite 7 Active adalah pilihan yang tepat. Melainkan teknologi Multisensor Voice, versi Active menampilkan pengalaman berkuaiti tinggi yang sama seperti Elite 7 Pro, dengan empat mikrofon terbina dalam bagi teknologi panggilan dan dua lagi mikrofon tambahan untuk disesuaikan dengan pengguna serta ANC yang boleh dilaraskan. Di samping itu, berdasarkan pemahaman Jabra yang unik mengenai telinga, penggunaan getah silikon cecair, dan reka bentuk tanpa sayap, Elite 7 Active dengan lapisan ShakeGrip direka untuk memberikan padanan yang terbaik walau bagaimanapun pergerakan anda, membawa perubahan dalam cara pengguna bersenam. Bagi mereka yang ingin aktif ketika berada di luar, jejaring mikrofon menyingkirkan bunyi angin daripada panggilan, sementara itu audio yang meningkatkan prestasi pula memastikan pengalaman muzik yang hebat semasa bersenam.

Jabra Elite 3

Jabra Elite 3
Jabra Elite 3 adalah pilihan yang tepat untuk mereka yang menginginkan bunyi yang hebat, bes yang bertenaga dan panggilan yang jelas pada harga yang lebih rendah. Melihat kepada jurang yang terdapat di pasaran bagi fon telinga pada harga yang lebih rendah tetapi masih dapat membawakan kualiti bunyi yang hebat, Jabra menggunakan pengalamannya yang luas supaya dapat memberikan kehebatan bunyi kepada semua. Fon telinga direka untuk membawakan muzik yang hebat dengan pembesar suara 6mm dan panggilan yang begitu jelas dengan teknologi panggilan 4 mikrofon, penyama muzik yang termaju dalam kelasnya, di samping audio HD Qualcomm aptXTM dan bateri yang tahan selama tujuh jam (28 jam jika digunakan bersama bekas pengecas). Fon telinga ini menawarkan pengasingan bunyi yang luar biasa dan dengan kepekaan HearThrough, pengguna boleh mendengar bunyi persekitaran mereka. Elite 3 juga didatangkan dengan padanan yang selesa yang kekal pada kedudukannya sepanjang hari, rekaan Denmark yang bergaya dan rangkaian warna yang baharu termasuklah Dark Grey, Navy, Lilac dan Light Beige.

Jabra Elite 2

Jabra Elite 2

Tambahan terakhir dalam rangkaian baharu tersebut, iaitu Jabra Elite 2, sesuai untuk mereka yang menginginkan bunyi yang hebat di mana sahaja, pada harga yang paling rendah di kalangan fon telinga Jabra. Jangan tertipu dengan saiz pembesar suaranya, kerana walaupun ia hanya sekecil 6mm, ia mampu membawakan kualiti audio yang tinggi dan bes yang bertenaga. Fon telinga Jabra Elite 2 mempunyai EQ boleh laras dan pengasingan bunyi yang disertakan dengan audio HD Qualcomm aptXTM. Reka bentuk Jabra yang menonjol juga tidak menjejaskan keselesaan yang terbaik dalam kelasnya dan padanan yang kekal di tempatnya sepanjang hari, dan bunyinya yang bertenaga bukanlah satu-satunya keistimewaan fon telinga Jabra Elite 2. Dengan teknologi panggilan 2 mikrofon, pengaktifan Alexa serta-merta, main semula Spotify dengan satu sentuhan* dan teknologi Google Fast Pair membolehkan pengguna kekal terhubung sepanjang hari. Ini disokong pula oleh perlindungan kalis hujan IP55, fon telinga Jabra Elite 2 terdapat dalam warna kelabu dan biru kelasi dan mempunyai bateri yang tahan selama 7 jam (21 jam jika digunakan bersama bekas pengecas).

*Android sahaja

Daniel Yeow, Pengarah Jualan, Peruncitan & Dalam Talian, Asia Tenggara, Taiwan & Hong Kong di Jabra berkata, “Pengguna pada hari ini ingin mendapatkan produk yang bukan sahaja menawarkan pengalaman audio yang termaju, tetapi juga yang dapat disesuaikan dengan gaya hidup aktif mereka. Kami berasa teruja untuk mengumumkan rangkaian Elite baharu, yang merupakan kombinasi terbaik antara keselesaan yang premium dan ciri-ciri yang menonjol seperti MultiSensor Voice, teknologi ShakeGrip, yang membawakan pengalaman panggilan dan muzik yang tiada tolok bandingnya. Ia benar-benar mencerminkan kemajuan Jabra dalam segmen nirwayar sebenar”Ciri-ciri utama dan spesifikasi Elite 7 Pro:

  • Jabra MultiSensor VoiceTM untuk audio gred profesional
  • ANC boleh laras untuk pengalaman bunyi yang benar-benar imersif
  • Tempoh penggunaan tanpa henti selama 9 jam dengan ANC, 35 jam dengan bekas pengecas
  • Nilai ketahanan IP57
  • BT ver. 5.2
  • Menggunakan sama ada fon telinga & pelbagai sambungan (menerusi naik taraf)
  • Alexa terbina dalam, Siri dan Google Assistant* (Android sahaja)

Elite 2 dan Elite 3 akan berada di pasaran mulai September, manakala Elite 7 Pro dan Elite 7 Active akan mula berada di pasaran dalam Suku ke-4 2021. Kesemua produk akan boleh didapati di cawangan runcit terpilih dan di gedung rasmi Jabra di Lazada dan Shopee. Harga produk tersebut adalah seperti berikut:

  • Elite 7 Pro : Harga runcit yang disyorkan oleh pengeluar RM999
  • Elite 7 Active: Harga runcit yang disyorkan oleh pengeluar RM899
  • Elite 3 : Harga runcit yang disyorkan oleh pengeluar RM389
  • Elite 2 : Harga runcit yang disyorkan oleh pengeluar RM299

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.jabra.com/elite

Check Also

Pertunjukan Cahaya dan Bunyi di JBL Rewind Revolution

JBL®, jenama audio gaya hidup terkenal di bawah Harman International, memperkenalkan “JBL Rewind Revolution Roadshow” …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *