Friday , February 23 2024

Jemputan untuk ujibakat permainan terbaru Astro Ria “RM1,000,000 Money Drop”

Sejajar perkembangan industri penyiaran tempatan dan antarabangsa, Astro tidak mahu ketinggalan untuk bersaing secara sihat dalam menawarkan program-program terbaik untuk ditayangkan kepada para penonton. Sejajar dengan itu, Astro akan membawakan sebuah rancangan permainan terbaru berjudul RM1,000,000 Money Drop yang bakal memulakan sesi ujibakat di Malaysia tidak lama lagi.

RM1,000,000 Money Drop merupakan sebuah rancangan permainan yang  mengkehendaki satu pasangan peserta diberikan RM1,000,000 dan perlu menjawab lapan pilihan soalan. Mereka diberikan 60 saat untuk melaburkan wang yang mereka miliki di petak jawapan yang difikirkan betul. Sekiranya mereka tidak pasti mereka boleh meletakkannya dibeberapa buah petak. Jika jawapan mereka betul pelaburan mereka selamat dan boleh digunakan pada pusingan berikutnya tetapi jika salah pelaburan tersebut akan hilang.

Pengurus Saluran Astro RIA, Puan Azlin Reza Azmi berkata, ”Astro sentiasa peka dengan permintaan para pelanggannya yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat dan usia yang sentiasa dahagakan program terbaik untuk dipertontonkan kepada mereka. Setelah sekian lama disajikan dengan pelbagai rancangan berbentuk hiburan, kami menambah lagi pilihan rancangan dengan sebuah program yang mencabar pengetahuan awam para peserta disamping berkongsi ilmu dengan penonton di rumah.

Sebagai sebuah saluran hiburan Melayu unggul yang menawarkan hanya program-program menarik, Astro Ria amat berbangga kerana bakal menayangkan sebuah program yang bukan sahaja menguji minda para peserta, tetapi dapat mendidik mereka dan para penonton daripada aspek pengurusan risiko dan pelaburan. Kami turut menjangkakan program ini bakal mencetuskan fenomena baru dalam industri hiburan dan penyiaran tempatan dan bakal menyaksikan penyertaan yang menggalakkan.

Pihak produksi akan berkunjung ke tiga buah lokasi seperti berikut:

1. Pulau Pinang Hotel Pearl View,  Butterworth
24 & 25 September 20112.

2. Johor Hotel Puteri Pacific, Johor Bahru
1 & 2 Oktober 2011

3. Selangor Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC)
8 & 9 Oktober 2011

** Kaunter pendaftaran bagi setiap sesi ujibakat dibuka dari jam 10.00 pagi hingga 4.00 petang dan para peserta digalakkan untuk hadir awal bagi mengelakkan kesesakkan.

Peserta mestilah warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas dan perlu membawa salinan kad pengenalan serta sekeping gambar berukuran 4R (gambar profil dan paras pinggang). Hadirkan diri di lokasi ujibakat secara berpasangan seperti suami isteri, kawan dan sebagainya. Mereka yang berminat untuk menyertai rancangan ini perlu mempunyai pengetahuan am yang luas serta berpewatakan ceria.

RM1,000,000 Money Drop ini bakal bersiaran di saluran rasmi; Astro RIA (saluran 104) pada bulan Disember ini. Butir-butir lanjut mengenai program ini akan diumumkan kelak.

Dikeluarkan oleh Bahagian Komunikasi Astro.

Check Also

MFWS 2024 Luncurkan Komunitas Pengusaha Perempuan Internasional di Malaysia

Setelah diantisipasi sejak tahun lalu, Modest Fashion & Womenpreneur Summit (MFWS) 2024 akhirnya diadakan. Acara …