Jennifer Khoo memenangi Simplot Award – Best Food Blogger

Jennifer Khoo (center), the Grand prize winner flanked by Asliza Yusoff (left) and Kelly Siew

Simplot, penanam, pengeluar dan pembekal kentang utama dunia telah menganjurkan satu pertandingan memasak yang menyeronokkan yang disertai oleh lapan orang penulis blog di Masak-Masak, Ben’s Independent Grocer Store di Publika Solaris Dutamas. Kelapan-lapan peserta ini telah dipilih terlebih dahulu dalam  Simplot Award –Best Food Blogger Online Cooking Competition yang diadakan pada bulan Mei.

Melalui kolaborasi dengan B.I.G and Philips, lapan orang finalis; Kelly Siew, Jennifer Khoo, Tammy Lim, Ng Choi Yen, Hadijah (Cik Lily), Asliza Yusoff, Muhammad Falihin dan Azatulsheeda Azman telah menunjukkan kemahiran kulinari masing-masing dengan menyediakan hidangan yang menggunakan produk hashbrown Simplot seperti Simplot Popcorn Hashbrown, Simplot Triangle Hashbrown, Simplot Mini Hashbrown dan Simplot Hashbrowns di dalam masakan mereka. Semua peserta telah diberi masa selama 30 minit untuk membuat pilihan di Ben’s Independent Grocer bagi mencari bahan mentah yang diperlukan dalam masakan mereka .

Para peserta dikehendaki mencipta satu resipi dalam masa satu jam sebelum hasil masakan mereka dinilai oleh panel hakim yang terdiri daripada  para pakar kulinari terkenal – Chef Poobalan daripada Simplot, Dr. Sidney Kan, Presiden Persatuan Kulinari Malaysia dan  Dato’ Fazley Yaakob, pemenang  MasterChef Selebriti yang pertama di Malaysia. Kesemua masakan dinilai dengan enam kriteria termasuk rasa, kreativiti, teknik, kebersihan dan juga kemudahan penyediaan.

Ong E-Laine, Pengurus Pemasaran Komersil Serantau Simplot Asia Tenggara berkata, “Kami sentiasa berusaha untuk menyediakan lebih banyak platform bagi penulis blog makanan yang berminat untuk memasak supaya mereka mempunyai peluang menunjukkan bakat serta daya kreatif mereka. Kami gembira melihat para peserta yang begitu gemar memasak.” Beliau menambah, “Kami mengucapkan terima kasih kepada B.I.G kerana menaja lokasi pertandingan memasak ini dan Philips kerana membekalkan peralatan dapur Philips yang hebat-hebat dan seterusnya boleh dibawa pulang oleh para peserta pertandingan.”

Hidangan yang paling digemari oleh para hakim  ialah masakan Simplot Hashbrown Smoked Salmon Quiche yang disediakan oleh Jennifer Khoo, di mana beliau dipilih sebagai pemenang hadiah utama. “Saya langsung tidak menjangkakan kejayaan ini! Ini merupakan kali pertama saya menyertai pertandingan memasak dan saya tidak yakin boleh menang melihatkan ramai lagi peserta yang berbakat di sini!” kata Khoo, yang menulis di blog beliau www.chasingfooddreams.com. Beliau seterusnya menambah, “Keseluruhan pengalaman ini memang menakjubkan bagi saya. Terima kasih Simplot kerana memberi kami peluang ini!”

Jennifer Khoo membawa pulang trofi Simplot Award – Best Food Blogger, wang tunai RM5,000, peralatan dapur Philips bernilai RM2,000 dan produk Simplot seperti sos Leggo’s dan hashbrown. Pemenang tempat ketiga ialah Asliza Yusoff yang menulis di blog  www.mothercooks.blogspot.com, memenangi hadiah wang tunai RM2,000, peralatan dapur Philips bernilai RM600 dan produk Simplot, manakala pemenang tempat kedua Kelly Siew yang menulis di blog www.kellysiewcooks.com, membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM3,000 serta peralatan dapur Philips bernilai RM1,000 dan produk Simplot. Para finalis lain turut memenangi hadiah sagu hati berupa peralatan dapur  Philips dan produk Simplot.

“Kami sungguh gembira dapat bekerjasama dengan Simplot menganjurkan pertandingan memasak ini. Sebagaimana konsep Ben’s Independent Grocer, kami mahu mewujudkan pengalaman yang menarik dan menyeronokkan bagi mereka yang suka memasak,” menurut Christine Lee, Eksekutif Pemasaran B.I.G. “Di MasakMasak, anak-anak dan keluarga mereka boleh mempelajari cara menyediakan hidangan dalam suasana yang ceria dan santai. Kami turut mengajar mereka cara makan dengan betul melalui petua memasak serta resipi yang enak dan mudah disediakan untuk dicuba di rumah,” tambah beliau lagi.

Perintis bagi jejari kentang (French Fries) beku komersil pertama pada akhir 1940-an dan sebagai pembekal kepada perkhidmatan makanan beku terbesar di dunia, Simplot Malaysia mempunyai 5 jenama produk di negara ini, iaitu Leggo’s, John West,  Edgell, I&J dan Simplot.  Untuk maklumat lanjut tentang  Simplot, sila layari http://www.simplot.com.my/.

Check Also

Ahli Termuda Backstreet Boys Nick Carter Bakal Menghiburkan Peminat Malaysia Selepas Sedekad Dengan Konsert Solo

Hitman Solutions dan Happymoon dengan sukacitanya mengumumkan konsert pertama tahun 2025 dengan kemasukan Malaysia dalam …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *