JIMC II 2017

JIMC II 2017 ini adalah salah satu kejohanan yang berprestij yang bakal dijalankan tidak lama lagi di negeri Johor ini kerana ianya memberi impak yang tersangat besar kepada penonton, peminat-peminat sukan muaythai di seluruh tanah air terutamanya di Negeri Johor ini. PMNJ menampilkan 16 peninju-peninju antarabangsa dan temnpatan beraksi bagi menunjukkan kehandalah, kepantasan, keberanian dan kekuatan mental serta fizikal. Peninju yang sudah berlawan dengan dari 20 kali perlawanan sehingga 220 kali perlawan mereka bertarung untuk merebut gelaran juara.

Mereka datang dari pelbagai negeri seperti Canada, costarica, Thailand, Algeri, Syria, Thailand, Singapura, Sarawak, Selangor dan paling istemewa sekali adalah atlet sukan sea Malaysia akan bertanding bagi menguji kekuatan sebelum bertanding kesukan sea kuala lumpur akan datang ini. Atlet-atlet Malaysia yang tidak asing dengan nama dan gelaran diatas gelanggang akan menunjukkan aksi yang sangat luar biasa.

Bermulanya era perjalanan persatuan didaftarkan pada tahun 2012 dengan PEJABAT PESURUHJAYA SUKAN MALAYSIA. – Pada 2012 hanya 3 kelab muaythai sahaja dalam negeri johor ini. – Pada sukan sukma ke 16 2013 kontigen sukma Johor acara sukan muaythai telah mendapat 1 emas, 1 perak, 4 gangsa dibawah kelolaan saya sebagai ketua jurulatih. Hanya menjalankan 2 buah kejohanan yang telah dianjurkan ketika itu. – 2014 pula sebanyak 3 kejohanan juga yang dapat dianjurkan oleh PMNJ dan telah melibatkan diri menjadi pengadil antarabangsa semasa kejohanan muaythaidunia di Langkawi.

Sekitar 2015 PMNJ telah menganjurkan kursus asas kejurulatihan peringkat negeri Johor dan jursus pengadilan amatur peringkat negeri Johor. Sebanyak 3 kejohanan juga telah di anjurkan dengan merebut kejuaraan talipinggang menteri besar Johor dan exco belia sukan negeri Johor kali ke 2 dengan bilangan penonton seramai 3,400 orang. Penglibatan saya di kejohanan muaythai royal world cup Bangkok Thailand telah membawa pulang 2 perak, 4 ganggsa remaj bawah 17 tahun. – Tahun 2016 adalah tahun yang sangat meriah kerana sukan muaythai sudah pun dikenali ramai oleh bangsa Johor sendiri dengan tertubuhnya 30 kelab di sekitar negeri Johor ini. Sebanyak 6 kejohanan yang telah di anjurkan PMNJ 1 kejohanan berprestij tinggi seperti JIMC 2016 dengan kehadiran penonton seramai 3 ribu orang. Beberapa bengkel asas muaythai di jalankan sekitar Johor Bahru. Rekod peribadi saya sendiri telah membawa pulang pingat emas negara pada kejohanan muaythai ifma remaja dunia di Bangkok Thailand dengan 1 emas, 2 perak, 3 ganggsa. – Tahun 2017 ini adalah tahun untuk kebangkitan semua pegerakkan muaythai atau perjalanan sukan muaythai di negeri Johor ini. Pada awal tahun PMNJ telah menjalankan kursus asas kejurulatihan muaythai peringkat negeri Johor siri ke II. Kejohanan yang ke 15 kali ini adalah kejohanan yang tersangat besar pada PMNJ dan saya sendiri kerana ianya memang mencabar dari yang sebelumnya kerana kejohanan ini adalah kejohanan yang melambangkan kemajuan sukan muaythai negeri Johor selama mana saya mentadbir sukan ini di Johor.

Selama PMNJ menjalankan program, kursus mahupun kejohanan segala dana atau bantuan kewangan semuanya banyak dibantu oleh MAJLIS SUKAN NEGERI JOHOR ( MSNJ ). Saya dan PMNJ seharusnya banyak berterima kasih kepada MSNJ kerana selalu membantu dan tak lupa juga kepada JABATAN BELIA SUKAN NEGERI ( JBSNJ, JOYDEC, JBSD DAN RAKAN2 SEPERJUAGAN PMNJ )

PMNJ menyeru kepada semua bangsa Johor harus menonton secara lansung kejohanan muaythai ini kerana peserta dari Negeri Johor akan berentap habis-habisan bagi menjulang nama Johor kepersada antarabangsa.

Check Also

Kahf Malaysia Ungguli Kategori Pelancaran Produk di Anugerah FMCG Asia 2024

Kahf Malaysia, jenama penjagaan diri lelaki yang sedang berkembang pesat, telah mencapai kejayaan membanggakan apabila …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *