Jualan Flash Plus 2 Bermula 24 Mei Ini

 Flash Plus 2, penambahan terkini dalam keluarga Flash telah dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada hari ini. Selain pelancaran serentak secara dalam talian, laman web rasmi Flash turut mendedahkan pelbagai keistimewaan telefon pintar serba baharu itu. Sekali gus menarik minat golongan pengguna internet muda untuk mengetahui mengenainya dengan lebih lanjut.

Selain mewarisi keupayaan merakam gambar yang terbaik daripada model Flash, produk premium serba baharu ini hadir sebagai kombinasi “perkakasan” dan “perisian” yang sempurna. Ia menampilkan kerangka besi, sokongan cap jari, pengecasan pantas dan HiFi. Telefon pintar ini turut memiliki konfigurasi seperti pemproses Helio P10, skrin bersaiz 5.5 inci dan sistem operasi Android M.

Memandangkan jualan runcit Flash Plus 2 bermula secara rasmi pada 24 Mei, para pengguna boleh mendapatkan telefon pintar 2GB baharu ini di laman web membeli-belah dalam talian nombor satu di Asia, Lazada pada harga RM599. Layari laman web http://www.lazada.com.my/flash-plus-2 untuk membuat pra-tempahan mulai 24 Mei 2016.

Mengambil kira keperluan pengguna muda yang mahukan reka bentuk hebat dan menyeronokkan, Flash Plus 2 menawarkan pengalaman merakam gambar serta menikmati muzik yang berbeza. Pada masa sama mengekalkan prestasi yang cemerlang. 

Menyentuh tentang kamera, Flash Plus 2 mengintegrasikan PDAF dan pemfokusan kontras dengan penjajaran fokal hampir 0.1s. Ini membolehkan pengguna merakam gambar dengan pantas.

Dengan lampu flash belakang dwiwarna RealTone dan flash LED di hadapan bersama ciri Color Rendering Index (CRI) sehingga 80, produk ini sememangnya membolehkan pengguna merakam keindahan dunia dalam spektrum penuh tanpa sebarang kekangan cahaya.

Dari segi audio, Flash Plus 2  menampilkan akustik fon kepala yang menyediakan kualiti HiFi, efek pembesar suara yang bervolum tinggi dan fungsi suntingan muzik MIX. Sekali gus menawarkan sebuah telefon pintar berprestasi tinggi untuk menikmati dan menghasilkan muzik.  

Melalui fungsi pengecaman cap jari dan pengecasan pantas, Flash Plus 2 boleh bertukar menjadi  pembantu yang terbaik untuk gaya hidup dan menyempurnakan tugasan pejabat dengan mudah. Cantik dan berguna, fungsi pengecaman cap jari pada bahagian hadapan membolehkan telefon dibuka dengan pantas dan tepat dalam tempoh 0.5 saat. Ia juga berfungsi untuk membuka aplikasi, penyulitan fail dengan selamat dan banyak lagi. 

Dilengkapi chip TI BQ25896 dan teknologi pengecasan pantas 9V/1.67A, Flash Plus 2 mampu menawarkan pengecasan bateri sebanyak 50% dalam masa hanya 30 minit serta jaminan panggilan telefon selama 10 jam secara berterusan. Kapasiti bateri juga boleh dipercayai oleh para pengguna.

Hadir dalam dua warna iaitu perak (Luna Silver) dan emas (Venus Gold), Flash Plus 2 menawarkan pengguna muda dengan pilihan yang lebih personal. Perumah besi pada bahagian belakang telefon pintar ini telah melalui beberapa proses yang kompleks seperti permukaan diberus licin horizontal dan pengoksidaan anod sebanyak dua kali. Malah, perincian pada badannya membuatkan Flash Plus 2 dapat menggabungkan aspek estetik dan tekstur yang menarik perhatian serta selesa dipegang. 

Bukan itu sahaja, Flash Plus 2 dikuasakan oleh pemproses Helio P10 berprestasi tinggi dan menjimatkan tenaga. Ia menggunakan skrin definisi tinggi bersepadu OGS bersaiz 5.5” dan menyokong mode Miravision 2.0 pintar yang melindungi mata. Manakala penggunaan sistem operasi stok Android M pula pasti mampu memenuhi keperluan peminat tegar teknologi. 

Sebagai produk pertama dengan jenama Flash, Flash Plus 2 akan menawarkan pengguna lebih banyak pilihan kehidupan yang pintar menerusi prestasi dan pengalaman luar biasa.

“Flash akan terus komited melaksanakan misinya untuk memenuhi keperluan pengguna muda yang gemar berkongsi dan mahukan kualiti. Lebih penting lagi, kami akan menawarkan perkakasan premium yang hebat, pintar dan menyeronokkan dalam usaha membentuk gaya hidup pelanggan,” kata Pengarah Pembangunan Perniagaan Flash, Yogi Babria.

Venus Gold

Luna Silver

 

Check Also

Pertunjukan Cahaya dan Bunyi di JBL Rewind Revolution

JBL®, jenama audio gaya hidup terkenal di bawah Harman International, memperkenalkan “JBL Rewind Revolution Roadshow” …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *