Juara The Audition 2021 Milik Muhammad Shauqi Danial

Pencarian bakat baru untuk pertandingan The Audition 2021 akhirnya berakhir apabila Muhammad Shauqi Danial dinobatkan sebagai juara dengan mengalahkan 27 peserta yang lain.Pertandingan akhir ini diadakan di Atrium, The Strand Mall.

The Auditon 2021 adalah pertandingan pencarian bakat baru Malaysia terbitan Armani Entertainment Group (AEG). Pertandingan ini diadakan untuk mencungkil bakat peserta dalam pelbagai bidang seni seperti nyanyian, tarian, lakonan dan berlawak komedi.

Juara The Audition 2021 Muhammad Shauqi Danial

Juara The Audition 2021, Muhammad Shauqi Danial Ma’Amal Hajri berkata “Saya tak sangka menang kerana saya rasa persiapan hari ini 60 peratus saja. Alhamdulillah, rezeki saya dan sudah tentu saya sangat gembira dengan kemenangan ini,”.

“Saya memilih lagu nyanyian asal, Hafiz Suip berjudul Ku Akui dan masa agak suntuk untuk saya menggubah semula lagu itu tetapi saya nekad mempersembahkan yang terbaik pada peringkat akhir ini.Sebelum ini saya hanya pernah masuk pertandingan karaoke dan Battle of the Band.Untuk perancangan selepas ini, saya akan ikut apa yang diaturkan AEG dan kemenangan ini diharap dapat merealisasikan impian saya untuk menjadi penyanyi terkenal,” tambahnya lagi.

Uji bakat The Audition adalah 100 peratus daripada pihak juri. Para peserta hanya melalui beberapa fasa uji bakat sahaja.Pertama, melalui muat naik video berdurasi lebih 1 minit di Instagram masing-masing berserta hashtag wajib. Fasa kedua, anda akan dipanggil ke sesi uji bakat bersama para juri mengikut lokasi berdekatan anda.Bermula Oktober lalu, ujibakat secara langsung telah diadakan di Kuala Lumpur diikuti Kuantan (Pahang), Johor Bahru, Kota Kinabalu (Sabah), Kuala Terengganu dan berakhir di Pulau Pinang.

Ketua Pegawai Eksekutif AEG, Datuk KK Chua berkata, sepanjang tempoh ujibakat itu ternyata Malaysia mempunyai ramai bakat baru dan mereka bersemangat tinggi untuk menceburi industri hiburan negara.

Tempat Kedua – Mohd Emeer Iskandar Mohd Bakri

“Dengan bantuan Michael Ang berjaya mencungkil ramai bakat baru. Mereka yang berjaya ke final semuanya ada kualiti. Saya lihat bakat muda ini boleh membawa kelainan kepada industri hiburan tempatan.

Tempat Ketiga – Wann Nashrinie Bin Zafri

AEG menyediakan platform untuk mereka mengembangkan bakat terutama pembangunan dan sahsiah diri untuk berhadapan cabaran termasuk kemahiran berkomunikasi dan berhadapan dengan media.

Berikutan sambutan yang memberangsangkan daripada seluruh negara, kami akan terus mengadakan pertandingan ini setiap tahun,”katanya kepada media.

Menggunakan tagline ‘Good Talent and Great Character’, dalam pencarian ‘bakal bintang’ ini, AEG bukan saja mencari peserta yang berbakat tetapi juga mempunyai karektor yang bagus.

“Mereka mesti sentiasa positif, sanggup bekerja keras dan mempunyai disiplin yang tinggi,”.

Untuk memastikan program ini memenuhi kehendak pasaran hiburan tanah air yang terus berkembang maju dengan kemunculan pelbagai idea kreatif daripada penggiat seni lama dan baru, AEG melantik pengarah dan penerbit drama terkenal iaitu Michael Ang sebagai Rakan Strategik.Juri pertandingan akhir The Audition 2021 ialah Michael Ang, Amira Othman, Cikgu Sarah Ismail dan Datuk KK Chua.

Dari Kiri Cikgu Sarah Ismail, Datuk KK Chua dan Amira Othman

Pemenang The Audition 2021 akan menerima kontrak bernilai RM50,000 termasuk latihan dan pembangunan.

Selain itu, penyanyi akan merakam single yang disusun oleh top-chart komposer lengkap bersama dengan video muzik.Manakala buat pelakon, pemenang akan mendapat peluang untuk bekerjasama dengan pengarah tersohor iaitu Michael Ang dalam drama terbaru beliau.

 

 

 

 

Check Also

The Rock Emperor Penang Chapter Sukses Hiburkan 8,000 Penonton, Wings Bakal Bawa Konsert Ke Pantai Timur

Spice Arena, Bayan Baru, Pulau Pinang menjadi saksi 8,000 peminat rock pulang dengan senyuman selepas …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *