KAL VENTURE GROUP SDN BHD,PTTB SERTA KRT JALAN PERAK ANJUR PROGRAM BANTUAN VETERAN ATM DAN WARGA B40

KAL Venture Group Sdn Bhd dengan kerjasama Pertubuhan Tentera Tidak Berpencen Malaysia (PTTB) dan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Jalan Perak telah berjaya menganjurkan program bantuan untuk menyantuni veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan warga B40 di Dewan Seri Mutiara, Banting, Selangor.

Program yang berlangsung dari jam 2.30 petang hingga 4.30 petang telah memberi manfaat kepada 60 penerima yang terdiri daripada bekas anggota tentera dan penduduk B40 dari kawasan setempat. Program ini telah mendapat tajaan penuh daripada Dato’ Seri Paduka Nazri Ismail.

Encik Yakob bin Sukirman, Setiausaha Agung PTTB dalam ucapannya menegaskan bahawa program ini merupakan salah satu inisiatif berterusan dalam membantu golongan yang memerlukan, terutamanya bekas anggota tentera yang telah berkhidmat untuk negara. Salah seorang penerima bantuan, Puan Arnyzah binti Narsah dari Kampung Bukit Changgang turut melahirkan rasa syukur dan berterima kasih atas sumbangan yang diterima.

Majlis telah dimulakan dengan acara rasmi termasuk nyanyian lagu Negaraku dan bacaan doa, diikuti dengan ucapan-ucapan rasmi daripada pihak penganjur dan tetamu kehormat. Kemuncak program adalah penyampaian sumbangan bakul makanan kepada para penerima yang telah dikenalpasti.

Program yang dihadiri oleh 100 tetamu ini telah diakhiri dengan jamuan untuk semua yang hadir. Majlis telah berjalan dengan lancar dan mencapai objektifnya dalam membantu golongan yang memerlukan.

Check Also

FORUM PERNIAGAAN DAN EKSPOSISI UGANDA 2025 DI KUALA LUMPUR BERAKHIR DENGAN SORAKAN KERJASAMA STRATEGIK

KUALA LUMPUR, 25 April 2025 – Forum Perniagaan dan Ekspo Uganda Pearl of Africa 2025 …

PERIKATAN STRATEGIK ANTARA MALAYSIA DAN JEPUN MEMPERKASA INDUSTRI KREATIF SERANTAU

Tokyo, 22 April 2025 – Satu detik bersejarah telah tercipta apabila Majlis Rekabentuk Malaysia (MRM) …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *