KANDORA! Memupuk Perpaduan Melalui Muzik Cerita Rakyat

KANDORA! telah memulakan tahun baru 2023 dengan mengajak semua orang dari seluruh Malaysia untuk bersatu melalui ‘drumming’. KANDORA bermaksud satu pergerakan perpaduan dengan bermain drum. Melalui slogan “Drums of Unity”, KANDORA percaya perpaduan dapat dipupuk dengan kuasa irama muzik drum yang mampu dimainkan oleh orang ramai dalam masa yang sama.

KANDORA! berjaya mengumpulkan seramai 2300 penyertaan dan 862 orang peserta telah hadir untuk bermain drum bersama-sama dengan hanya menggunakan baldi dan senduk yang telah diadakan di Pusat membeli-belah AEON Midtown Falim pada 21hb Januari 2023 yang lepas. Apa yang menarik adalah acara ini juga telah berjaya di rekodkan di dalam ‘Malaysian Book of Records’ sebagai satu acara perpaduan kita sebagai rakyat Malaysia melalui permainan drum baldi beramai-ramai.

Jelajah drum “Hormat dan Harmoni” ini bertujuan untuk menyerlahkan nilai dan mesej yang terkandung dalam lirik cerita rakyat bagi membangkitkan rasa perpaduan di kalangan penonton Malaysia. Semasa persembahan drum berlangsung, drum-drum baldi telah disusun di sekeliling kawasan persembahan untuk dimainkan oleh penonton yang hadir dengan diiringi muzik band dan fasilitator drum. Bukan itu sahaja, melalui persembahan ini juga, KANDORA! ingin menyebarkan mesej perpaduan “Hormat dan Harmoni” di mana penonton yang hadir dapat berkumpul untuk merasai pengalaman bermain drum secara harmoni sebagai satu Malaysia tanpa mengira umur, jantina dan bangsa.

KANDORA! menyokong SDG 16 : Jabatan Hal Ehwal Ekonomi dan Sosial yang memberi tumpuan kepada pembentukan masyarakat yang aman dan inklusif untuk pembangunan mampan, menyediakan akses kepada keadilan untuk semua dan membina institusi yang berkesan, bertanggungjawab dan inklusif di semua peringkat. Jelajah drum “Hormat dan Harmoni” terdiri daripada tiga komponen — kerjasama kolaboratif dan program-program yang membentuk keupayaan untuk menyokong komuniti B40 dan terpinggir melalui pengedaran “Abundance Bags” kepada anak-anak yatim dan kanak-kanak, meningkatkan kesedaran dan mengumpul dana untuk komuniti seni persembahan tempatan yang telah terjejas dek pandemik Covid-19 melalui jualan barangan KANDORA! dan akhir sekali, dalam semangat untuk berkongsi kegembiraan dan kemakmuran sempena Tahun Baru Cina, KANDORA! telah memberikan hadiah-hadiah menarik seperti iPad, ‘earbuds’ Huawei, jam tangan pintar dan banyak lagi kepada peserta-peserta bertuah!

Jelajah drum “Hormat dan Harmoni” ini disokong oleh ArtsFas, Yayasan Hasanah, Kementerian Kewangan Malaysia (MOF), Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), dan Majlis Belia India Malaysia Buntong (MIYC) dan AEON Big merupakan rakan kongsi utama dengan menyediakan tempat dan menaja baldi dan senduk. Akhir sekali, Penaja —Peaches N Pen, NIT Printing, Thinker Creative, Soul Mechanics, Rex Network Resources, Edsense, MENE Consulting dan Rosemary Floral and Gifts.

Ribuan terima kasih kepada para jemputan kehormat yang sudi hadir diantaranya adalah Yang Berhormat Mohd Azlan Helmi bin Helmi (Exco Komunikasi, Multimedia & NGO), Yang Berhormat Puan Thulsi Manogaran (ADUN Buntong), Yang Berbahagia Datuk Hariri (wakil Datuk Bandar Ipoh), Puan Nurmalis Musa (CEO Tourism Perak), Tuan Meor Rezal Fitri Dato’ Dr. Hj. Meor Redwan (CEO Digital Perak), Tuan Khuswindera Singh (Ketua Cawangan Majlis Belia India Buntong), Dr.Kasuma Satria Mat Jadi (AEON-Ketua Pegawai Sumber Manusia & Pengarah Komunikasi Korporat), En Wan Adli, Co-founder Kandora! Kantan Drum Circle dan juga Tan Teck Yin (President JCI Kinta).

Hormat and Harmoni is a unity message that brings audience together to experience drumming in harmony as ONE Malaysia regardless of age, gender, and race. We are building a community of percussion enthusiasts to preserve and popularize local folklore songs through interactive drum circle in a congregation. — Zufar Adzahan, Co-founder of KANDORA!.”  

Untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai berita terkini KANDORA!, sila log masuk ke halaman Facebook Rasmi KANDORA!, https://www.facebook.com/kandoramalaysia atau layari laman Instagram Rasmi Kandora! di www. instagram.com/kantandrumcircle.

“Perpaduan adalah kekuatan… bila ada kerjasama dan kolaborasi, banyak perkara indah dapat dicapai. ”

Check Also

Az Zuha Group Travel & Tours Dilantik Semula untuk Musim Haji 1446H/2025M

Az Zuha Group Travel & Tours dengan penuh rasa syukur mengumumkan pelantikan semula mereka sebagai …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *