Satu karnival khas buat fan tegar kumpulan heavy metal dunia yang tidak perlu di singkap popularitinya, Metallica bakal di adakan di Kuala Lumpur pada 17 September nanti. Antara objektif utama karnival ini di adalah adalah untuk merapatkan hubungan di kalangan pencinta tegar kumpulan Metallica yang berada di Malaysia.
Karnival yang dikenali sebagai “Metallicarnival” ini bakal berlangsung pada 17 September 2017 di perkarangan Black Box, Publika Solaris Dutamas Kuala Lumpur. Pelbagai acara bakal di adakan bersempena dengan “Metallicarnival” ini antaranya ialah pameran koleksi barangan daripada peminat tegar Metallica itu sendiri samada berbentuk fizikal seperti koleksi kaset, cd, vinly, t-shirt dan sebagainya.
Ini adalah penganjuran sulung Malaysian Magnetic malah ianya karnival pertama yang di adakan khusus untuk fan tegar Metallica di Malaysia. Peminat yang hadir pada hari tersebut turut berpeluang untuk menyaksikan filem “Through The Never” yang menggabungkan lakonan mantap daripada jentera Metallica itu sendiri, apa yang pasti ianya eksklusif.
“Metallicarnival” pasti akan sunyi tanpa adanya persembahan daripada kumpulan tempatan yang akan membariskan lagu-lagu saduran daripada Metallica. Maxxxter , The Ironman Bars dan Distorted Outlaws bakal membuat persembahan pada hari tersebut.
Karnival bakal bermula sekitar jam 3 petang ini hanya mengenakan tiket sebanyak RM30 sahaja. Pembelian tiket boleh di buat dengan melayari Malaysianmagnetic.com atau sewaktu karnival berlangsung.