Kedai Ayamas & RasaMas Rai Pemenang-Pemenang Peraduan“Spend & Win”

Kedai Ayamas & RasaMas telah meraikan para pemenang pertandingan “Spend & Win” di upacara penyampaian hadiah yang berlansung di Wisma KFC pada 10 Mei 2013 baru-baru ini.

Pemenang-pemenang bertuah telah dipilih daripada 25,000 penyertaan berdasarkan pilihan jawapan yang betul. Dua hadiah pertama berupa pakej percutian untuk dua orang ke Gold Coast, Australia dimenangi oleh Fatimah Az Zahra Othman menerusi penyertaannya melalui Kedai Ayamas manakala Hon Hock Ngen melalui RasaMas.

Fatimah bersyukur dan terharu dengan kemenangan yang sungguh tidak disangka, kerana ini merupakan kali pertama beliau memenangi tempat pertama untuk pertandingan seperti ini.

“Sewaktu saya menerima panggilan menyatakan saya telah memenangi hadiah pekej percutian ke Gold Coast, Australia, saya sangka ada orang cuba mengenakan saya”, katanya sambil ketawa kecil.

Fatimah dalam perjalanan pulang ke rumah dari tempat kerja dan singgah di Kedai Ayamas Bangi untuk membeli ayam panggang bagi juadah makan malam. “Pekerja Kedai Ayamas memberi saya borang penyertaan dan saya terus mengisinya. Saya sangat gembira dan bersyukur kerana kami sekeluarga dapat menikmati makan malam yang enak dan percutian ke luar negara ini seolah-olah durian runtuh bagi kami sekeluarga,” tambahnya.

Hon Hock Ngen pula telah menyertai peraduan ini sewaktu makan malam di restoran RasaMas di Aeon Tebrau City bersama keluarganya. “Anak-anak saya sangat gemar makan di restoran RasaMas dan kami sekeluarga selalu berkunjung ke sana. Saya sangat gembira dengan kemenangan ini, terutama sekali isteri saya,” kata Hon tersenyum. Hadiah ini merupakan kali pertama Hon bercuti ke luar negara dan beliau bercadang untuk membawa bersama sekali anak-anaknya jika berkesempatan. Hon juga berkata, dia sememangnya tidak akan melepaskan peluang menyertai apa juga pertandingan yang dianjurkan Kedai Ayamas atau restoran RasaMas pada masa yang akan datang.

Hadiah tempat kedua berupa pakej percutian ke Bali Indonesia yang dimenangi oleh Mohd Rizal Abdul Manaf menerusi Kedai Ayamas dan Hazmir Hamlis menerusi restoran RasaMas. Sementara itu, hadiah tempat ketiga yang berupa percutian ke Langkawi dimenangi oleh Ganesh Vythilingam menerusi Kedai Ayamas dan Muhamad Shaiful Rosley menerusi restoran RasaMas. Lapan pemenang tempat pertama berjaya membawa pulang sebuah iPad terbaru, manakala 18 pemenang tempat kelima menerima sebuah telefon pintar Samsung Ace Plus. Seratus hadiah saguhati telah dimenangi merupakan baucar makanan bernilai RM100.

Pertandingan yang telah berlangsung sepanjang dua bulan ini, (bermula dari 13 November 2012 tahun lepas sehingga 13 Januari 2013) adalah usahasama antara Kedai Ayamas dan restoran RasaMas. Para pelanggan hanya perlu berbelanja RM30 di mana-mana cawangan Kedai Ayamas atau RM38 di restoran RasaMas dan melengkapkan butiran yang diperlukan di dalam borang peraduan serta menjawab soalan dengan betul untuk menang. Seterusnya mereka dikehendaki memasukkan borang yang telah diisi ke dalam kotak yang disediakan di cawangan Kedai Ayamas atau restoran RasaMas.

“Saya ingin mengucapkan ribuan tahniah dan terima kasih kepada pemenang-pemenang yang telah mengambil bahagian dalam peraduan ini,” kata Datuk Ahmad Zaki Zahid, Pengarah Urusan QSR Brands (M) Holdings Sdn Bhd, operator Kedai Ayamas & restoran RasaMas di majlis itu.

Datuk Ahmad Zaki berkata, peraduan tersebut juga adalah tanda penghargaan syarikat kepada pelanggan setia dan juga pelanggan baru Kedai Ayamas serta restoran RasaMas di seluruh negara.

“Saya amat yakin dengan identiti baru, Kedai Ayamas akan terus dikenali sebagai sebuah kedai yang menyediakan pelbagai jenis produk dan perkhidmatan, disamping jenama RasaMas yang telah dipertingkatkan memberikan pelanggan pilihan menu yang enak sama ada selera tempatan ataupun selera barat. Saya pasti, kedua-dua jenama ini akan terus menjadi pilihan utama rakyat Malaysia,” katanya lagi.

Turut hadir di majlis itu ialah Hishamuddin Hamidon, Pengurus Besar Kedai Ayamas dan  Loganderan Erusia, Pengurus Operasi Kanan untuk restoran RasaMas.

Check Also

Ahli Termuda Backstreet Boys Nick Carter Bakal Menghiburkan Peminat Malaysia Selepas Sedekad Dengan Konsert Solo

Hitman Solutions dan Happymoon dengan sukacitanya mengumumkan konsert pertama tahun 2025 dengan kemasukan Malaysia dalam …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *