`Kekasih Abadi’ Single Terbaru Pasangan Romantis Yusry & Lisa

yusry

Yusry Abdul Halim & Lisa Surihani, seni mempertemukan cinta mereka sebagai kekasih. Perkenalan circa 2011, telah memulakan bibit cinta antara mereka dan seterusnya termeterailah perjanjian kekasih abadi  sebagai pasangan suami isteri yang sah pada 23hb Februari 2012.  Berdua bersatu mereka menjadikan bidang seni sebagai punca pendapatan dimana Lisa merupakan pelakon, model dan pengacara terkenal dan berbakat besar di Malaysia manakala Yusry seorang komposer, penyanyi, pelakon, produser dan pengarah yang berkaliber bukan sahaja di Malaysia malah diperingkat antarabangsa menerusi filem `Hikayat Merong Mahawangsa’ dan `Vikingdom’.

Sisi romantis pasangan Yusry & Lisa ini diluahkan dalam seni jua dimana mereka telah mengabadikan kisah cinta yang berjanji untuk sehidup semati di dalam lagu duet julungkali mereka iatu `Kekasih Abadi’. Yusry sememangnya bermula sebagai penyanyi  bersama 3 bersaudara KRU manakala bakat nyanyian Lisa belum pernah diketengahkan sehinggalah terlahirnya `Kekasih Abadi’. Mempertaruhkan julung-julung kali vokal Lisa bersama Yusry lagu `Kekasih Abadi’ ini diharap dapat diterima ramai.

`Kekasih Abadi’ ciptaan komposer Edry Abdul Halim untuk pasangan romantis ini dimana Edry telah menterjemahkan rasa syukur mereka dipertemukan yang ianya bukan sekadar impian tetapi realiti. Ikrar cinta sejati mereka diabadikan menerusi lagu ini.

`Kekasih Abadi’ juga digunakan sebagai lagu tema bagi sebuah program travelog `Paspot Cinta Yusry Lisa’, siri sebanyak 13 episod yang bakal menemui peminat di kaca TV bermula Mac 2014 di RTM 2.  Program yang diinspirasikan dengan konsep percutian bulan madu Yusry dan Lisa  menampilkan mereka pasangan suami isteri yang mengembara ke seluruh negeri di Malaysia. Apa yang cukup menarik, penonton akan berpeluang melihat perbezaan karakter Yusry dan Lisa dalam merancang percutian-percutian bajet mereka.

Pada 8hb Januari 2014, lagu `Kekasih Abadi’ akan dimuat-naikkan secara rasmi di rangkaian ’You Tube’ KRU Music. Lagu ini juga sudah berada di pasaran melalui i-Tunes sementara nada deringnya melalui syarikat-syarikat telekomunikasi tempatan akan mula dipasarkan minggu hadapan.

 

 

Check Also

The Rock Emperor Penang Chapter Sukses Hiburkan 8,000 Penonton, Wings Bakal Bawa Konsert Ke Pantai Timur

Spice Arena, Bayan Baru, Pulau Pinang menjadi saksi 8,000 peminat rock pulang dengan senyuman selepas …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *