Kempen Rantaian Kasih HABIB Tahun Ini Bertemakan Anyaman

HABIB, jenama barangan kemas tempatan meneruskan legasinya dengan menyanjung khazanah warisan budaya Malaysia. Tahun ini, bertemakan Anyaman, HABIB sekali lagi mengetengahkan ikatan kekeluargaan yang erat sempena kempen Hari Rayanya yang dikenali sebagai Rantaian Kasih. HABIB menjemput para pelanggan untuk menyelami koleksi-koleksi baharu sempena Hari Raya di bilik pameran HABIB serata Malaysia.

Pengerusi Eksekutif Kumpulan HABIB, Dato’ Sri Meer Habib berkata, “Dalam pada kita meraikan hari lebaran, HABIB memegang tanggungjawab untuk memelihara warisan berzaman dan memupuk orang ramai untuk terus menghargai kehalusan seni masyarakat Melayu. Justeru, kami membawa tema anyaman untuk kempen raya kali ini bagi menghidupkan kembali seni warisan dan memastikan ianya tidak tenggelam ditelan zaman. Silangan rapi dan ketelitian pada setiap sisi anyaman melambangkan ikatan kekeluargaan, tradisi dan kekayaan budaya, dan ianya sangat sinonim dengan Kempen Raya kami, yang dikenali sebagai Rantaian Kasih.”  

HABIB membawa kelainan pada Kempen Rantaian Kasih tahun ini dengan penampilan duta-duta daripada latar belakang yang berbeza seperti Amyra Rosli dan keluarganya, Sharifah Rose dan Ezzanie Jasny. HABIB sangat menitikberatkan aura dan karisma sewaktu pemilihan wajah kempen, dan memastikan mereka dapat menggayakan barangan kemas dengan baik. Kesemua duta Raya HABIB merupakan individu yang mempunyai semangat yang tinggi serta personaliti yang baik dan disenangi ramai. Gabungan duta-duta raya pada tahun ini menambahkan kemeriahan dan melengkapi konsep Rantaian Kasih HABIB.     

Antara koleksi yang menjadi kegemaran setiap tahun adalah semestinya Koleksi Oro Italia 916, dengan rekaan terbaharu yang lebih moden dan kontemporari. Untuk gaya yang terkini dan lebih berwarnawarni, barangan kemas daripada Koleksi Clara adalah pilihan yang ideal. Menampilkan rona-rona unik seperti ungu, merah jambu, biru dan hijau, koleksi ini pada masa yang sama masih mengekalkan nilai mutu emas 916. Selain itu, koleksi rantai leher labuh juga menjadi kegemaran di Aidilfitri dan sangat sesuai digayakan bersama hijab. Set sepadan ibu dan anak turut ditawarkan, untuk melengkapi gaya sedondon bersama keluarga di Hari Raya.

HABIB juga menampilkan pelbagai koleksi eksklusif berlian, termasuk rekaan yang diinspirasikan seni anyaman yang menitikberatkan daya ketelitian dan sentuhan kehalusan pada coraknya. Koleksi anyaman ini dipadankan bersama mutu emas 750 (18K), untuk memastikan kekukuhan berlian yang ditatahkan memancarkan kilauan yang sempurna di Hari Lebaran. Memenuhi citarasa berbeza, koleksi anyaman ini turut tersedia dengan kombinasi berlian dan batu permata pelbagai berwarna untuk memberikan penampilan yang lebih versatil dan menarik. Istimewa buat Hari Raya juga, HABIB menawarkan Koleksi Jejaka, yang terdiri daripada butang baju Melayu eksklusif HABIB serta cincin perak palladium bertatahkan berlian dan batu permata.

HABIB turut memperkenalkan rekaan baharu Wafer Syiling Emas 999.9 Edisi Anyaman, yang didatangkan dengan lima rekaan unik seberat 0.2gm bagi setiap keping yang berharga RM118 setiap satu atau RM628 untuk satu set yang didatangkan dalam kotak edisi terhad. Wafer Syiling Emas 999.9 ini juga sesuai dijadikan alternatif unik sebagai duit raya ataupun hadiah istimewa untuk yang tersayang.   

Tema kempen Rantaian Kasih 2024 menerapkan sentuhan seni anyaman yang melambangkan metafora dalam penceritaan gaya hidup tradisional sejak berabad-abad lalu. Dengan semangat ini, HABIB menciptakan koleksi yang diilhamkan oleh khazanah anyaman yang meraikan seni tradisional klasik ini. Hasil tangan yang bermutu tinggi dan elemen sentuhan kehalusan pada setiap sisi anyaman dapat dilihat indah di keseluruhan kempen ini, termasuk pada koleksi barangan kemas serta pada sampul Raya HABIB.

Kempen ini akan berlangsung di semua bilik pameran HABIB seluruh negara bermula 12 Mac sehingga 9 April 2024. Untuk maklumat lanjut, layari laman sesawang rasmi www.habibjewels.com dan ikuti sosial media HABIB di Instagram dan TikTok (@habibjewelsofficial) serta Facebook dan LinkedIn (@HABIB).

Check Also

Kahf Malaysia Ungguli Kategori Pelancaran Produk di Anugerah FMCG Asia 2024

Kahf Malaysia, jenama penjagaan diri lelaki yang sedang berkembang pesat, telah mencapai kejayaan membanggakan apabila …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *