KFC Zinger Rice Wrap

pic 1KFC Malaysia kini menyediakan lebih banyak pilihan untuk pelanggan yang sentiasa menginginkan cara yang lebih baik untuk menikmati hidangan mereka. Memperkenalkan KFC Zinger Rice Wrap, sajian lazat dan seimbang yang enak dimakan di mana jua pada bila-bila masa, dengan harga yang sungguh menjimatkan, RM4.90!

“Produk terbaru ini adalah sajian seimbang dan juga merupakan antara hidangan jenis wraps yang pertama dalam industri restoran perkhidmatan segera yang menggabungkan nasi sebagai inti. Diinspirasikan oleh pelanggan-pelanggan yang menggemari hidangan sihat, ringkas serta menyelerakan, KFC telah mengolah makanan ruji kegemaran rakyat Malaysia untuk mencipta hidangan yang lazat dan sihat sesuai dengan gaya hidup mereka yang sentiasa sibuk,” kata Ahmad Taufek Omar, Ketua Pegawai Pemasaran Digital & Teknologi Maklumat, KFC Malaysia.

“Produk ini dicipta khas untuk remaja dan golongan belia yang sentiasa mencari sesuatu yang enak dan mudah dimakan,” tambahnya.KFC Zinger Rice Wrap baru ini adalah gabungan kepingan Zinger kegemaran ramai dibalut dengan tortilla 9-inci yang enak berintikan nasi Colonel, sayuran segar seperti tomato, bawang, timun rangup dan sos mayo-limau.

pic 2Ahmad Taufek juga menyatakan bahawa produk ini “mengandungi semua zat seimbang yang diperlukan dalam setiap hidangan. Protein daripada kepingan Zinger lazat kami, nasi Colonel untuk karbohidrat dan sayur-sayuran segar, kesemuanya dibungkus bersama menjadikan ia pilihan makan yang lazat pada bila-bila masa!”

Dengan harga yang tiada tandingan, KFC Zinger Rice Wrap semestinya satu sajian yang amat menjimatkan. Bagi mereka yang gemarkan hidangan yang lebih boleh memilih kombo yang mengandungi kentang goreng (saiz biasa) dan minuman Mountain Dew (saiz biasa) pada harga hanya RM7.80 (harga kombo & ala carte berbeza mengikut lokasi).

pic 3Selaras dengan promosi ini, KFC dengan kerjasama Fly & One FM juga akan melancarkan pertandingan foto #GrumpyNoLunchFace di Instagram. Peminat KFC digalakkan untuk mengepos gambar ‘riak wajah kecewa’ mereka kerana tidak sempat makan tengah hari akibat jadual sibuk mereka, dan hashtag (#) gambar-gambar dengan kapsyen tersebut. Pemenang yang terpilih akan menerima hadiah menarik dan juga kejutan dari pihak KFC dan stesen-stesen radio tersebut.

KFC Zinger Rice Wrap boleh didapati bermula dari 5 Mac, sementara stok masih ada. Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.kfc.com.my

Check Also

Kahf Malaysia Ungguli Kategori Pelancaran Produk di Anugerah FMCG Asia 2024

Kahf Malaysia, jenama penjagaan diri lelaki yang sedang berkembang pesat, telah mencapai kejayaan membanggakan apabila …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *