Khurafat The Series

Diilhamkan daripada sebuah filem pecah panggung iaitu filem terbitan Skop Production, filem seram Khurafat kini dibawakan pula dalam bentuk drama bersiri. Salah satu variasi program terbaik mengikut selera dan keutamaan para pelanggan untuk ditayangkan kepada penonton Astro. Justeru itu, pihak Astro amat berbesar hati untuk menayangkan drama bersiri ini bermula pada 12 Julai 2011. Drama ini akan disiarkan setiap hari Selasa jam 10 malam menerusi Astro Ria (saluran 104).

Kehadiran watak utama seperti Zahiril Adzim dan Nora Danish serta dibantu oleh Dynas Mokhtar dan Amar Baharin pasti menambahkan lagi keterujaan penonton untuk mengikuti drama bersiri ini. Komitmen yang ditunjukkan oleh para pelakon dalam menghayati setiap watak mampu memberi kesan yang mendalam kepada penonton. Drama ini diterbitkan bukan sekadar untuk menakut-nakutkan penonton tetapi untuk memberi mesej supaya masyarakat sedar untuk menjauhi amalan khurafat.

Plot drama ini dikembangkan apabila Johan, lakonan bintang yang sedang menyinar, Zahiril Adzim mula menyiasat semula perjanjian yang dibuat bersama Mastura lakonan Nora Danish setelah mengetahui rahsia sebenar ritual yang dilakukan mereka di sebuah busut. Sebagai balasan, hati mereka akan tertutup untuk jatuh cinta dengan orang lain. Jika salah seorang daripada mereka mati pasangannya juga akan mati. Malangnya belum sempat Johan melamar, Mastura terlibat dalam sebuah kecelakaan menyebabkan Mastura koma. Bermula saat itu, Johan mula merasakan perubahan pada dirinya. Dia perlahan-lahan mula melihat makhluk-makhluk dari alam lain.

Apakah yang akan terjadi seterusnya? Sama-sama kita nantikan dalam drama bersiri Khurafat pada setiap hari Selasa jam 10 malam bermula 12 Julai 2011 menerusi Astro Ria (saluran 104). Selamat Menonton!

Check Also

ATARASHII GAKKO! Umum Konsert Jelajah UK/EU Dan Asia Part I

ATARASHII GAKKO!, kumpulan vokal dan tarian berpusat di Jepun, akan menggegarkan dunia dengan pengumuman lawatan …